Jika Aku Jatuh Hati

Jalan-jalan Tinjau -tinjau

Hari in aku berpeluang untuk ke sebuah pasaraya =)


best dapat joli beli sepasang kasut baru Rm17 =) =) =)
Maaf bukan e2 yang sebenarnya ingin saya ceritakan tapi pasal masalah remaja sekarang.


sedih =( =(
Dek kerna pakaian km yng membawa imej agama itu telah diejek oleh sekumpulan tenege yang x reti bahasa




WEEHhh kumpulan EDESI SIASAT dtg Feiweeet ...


geram nyer aku dengar peerkataan tu ... EDESII SIASAT (sebuah rancangan tv yang popular suatu ketika dahulu)
mahu saja kucili-cilikn mulut yg bersuara 2 tp nasiblah kak naqibah aku cepat menyedarkn aku cupaya bersabar
Astagfirullah ...
Astagfirullah ...
Astagfirullah ...

Pabila difikir-fikir apa salah km? opsss (golongan yang menjalankan syariat islam)
kenapa gelaran sebegitu rupa yang patut digelarkan?
Daripada usrah km menyelami sebenarnya :
1) mereka hanya inginkan tarikan (tp maaflah km kerna menjaga batas lelaki ngan perempuan)
2) mungkin mereka punyai masa pahit bersama "golongan agama"
3) sengaja menguji iman yg digelar EDESI SIASAT itu.... 


O_O sekadar berkongsi pengalaman hidup O_O

شكران ^_^

Terima kasih
syukron
Dan lain-lain bahasa yang menunjukkan ucapan terima kasih =)

Maaf kepada en dee ssebenarnya saya memang teringin nk fitkan gambar baner 2 tap saya still mecari laman yang boleh menconvertkan (entah betul ker tak bahasa aku ni) kepada banner

Lagi satu masalah ialah pic asal ni dah lose form my database !_!
Wah parah gak
so then i just keep it on like that

saper-saper nak tlong ajarkan untuk merungkil masalah saya ini saya menadah tangan untuk menerima menjadi ment!r (tunjuk ajar ku sifuuu)

Bisikan Doa Pengharapan


Bisikan Doa Pengharapan  
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: ieman raudhah
Editor: fazly_90

Ku bisikkan kalimah memujiNya
Setiap masa
Setiap saat
Agar ku tidak lupa
Akan kekuasanNya
Akan kebesaranNya.

Sucikan wajah di dinihari
Bisikan pengharapan pada Ilahi
Jika sudah suratan Ilahi
Terima ketentuan dengan rela hati


Indahnya hidup di dunia ini
Pabila dikelilingi insan yang disayangi
Juga mendambakan redha ilahi
Agar hidup sentiasa diberkati

Dilema manusia akhir zaman
Saban waktu kematian memisahkan
Lantas ku bisikkan doa pengharapan
Agar ku sentiasa dalam kesedaran


Ayuh bangkitlah wahai teman
Menuju jalan pulang
Agar kita sentiasa dalam naungan
Kekal berukhwah sepanjang zaman.

http://bit.ly/99VlvG

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI (copy)

Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang
tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum
dan sesudah wujudnya negara Israel?

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin
adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan
dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan
bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem.
Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk
bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa
bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.
PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion.
Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897
dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk
bangsa mereka di Zion (Palestin).


KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung
di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770
kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.


BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur.
Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup
dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai
gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan
bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh
banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria
dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.
Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut
membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi
kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama
Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.

Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak
mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak
menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia
adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai
musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:"Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus
menerus dan abadi".

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu
juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja
bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah
melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat
Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka
mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi.
Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13
Disember 1947 ? Sebuah perkampungan orang Islam
Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan
pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang.
Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera
peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom
rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi
bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung
Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh
wanita dan kanak-kanak.


9 ? 10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas
Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung
Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250
orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya
dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah
perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak
dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang
diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada
penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan
perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan
berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun
malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang
tiba, mereka semua mati.

15 ? 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan
wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan
Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah
Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

Subhanallah tapak tangan !!




Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Hanya DIA !!!


Terhenti sesaat langkahku diujung jalan...
Coba kutebarkan pandangan keseluruh pojok tepian...
Masih segar dalam ingatanku kala kau berpesan di tepian malam...
Janganlah mudah menyerah ukhti ku...
Hadapilah semua rintangan...
Aku akan menunggumu diujung perjalanan...

Dan ketika lelah kakiku sampai diujung perjalanan...
Mataku nanar menatap setiap tikungan, ku cari sosokmu disana...
Tapi tak ketemukan siapapun di sana...
Apalagi sosok ragamu...
Tersadar ku dari angan dan harapan semu itu...
Kau tak layak menjadi kekasihku...

Kau tak sekuat yg kubayangngkan...
Kau tak setegar yg ku harapkan...
Kau tak sesuai dengan lisan yg kau ucapkan...
Kau tak sebaik yg kunantikan...

Diujung perjalanan kembali terlintas dalam alam pikiran...
Jika bukan dirimu yang akan kusandingkan lantas siapa yang setia menungguku...
Di ujung jalan...???
Tanya yg seharunya tak terlintas dalam pikiran...
Hanya DIA yang selalu menungguku...
Hanya DIA yang selalu ada untuk ku...
Hanya DIA yang setiap saat selalu terjaga mengawasiku...
Hanya DIA yang selalu memenuhi pintaku...

Hanya DIA yang selalu setia mencium wajahku dengan segarnya air wudhu-NYA...
Hanya DIA yang selalu setia menggenggam jemariku dg tasbih dalam dzikir-NYA...
Hanya DIA yang selalu memeluk mesra hatiku dengan panggalian adzan-NYA...
Hanya DIA yang selalu memberiku sentuhan hangat ragaku dg shalat-shalat-NYA...
Hanya DIA yang selalu mengantar tidurku dg alunan cinta ayat-ayat-NYA...

Bagaimana mungkin terlintas dalam anganku tuk menjadikanmu sebagai kekasihku...?
Jika sebatas itu cintamu kepadaku...
Jika sebatas itu kau mampu melindungku...
Jika sebatas itu langkahmu sudah terhenti...
Jika sebatas itu kau mampu penuhi pintaku...
Jika sebatas itu mimpi indahmu untukku...

Duhai Kekasihku...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim...
Jika lisanku tak bisa kujaga apalagi dengan hatiku...
Apakah masih pantas ku bermohon kepada-MU...
Untuk tetap dalam hatiku...
Untuk tetap menghiasi bingkai cintaku...
Untuk tetap menjadi birunya rinduku...

Ya Allah Ya Samii Ya Bashiir...
Masihkah Kau berkenan mendengar doa hamba-MU yang kerdil...
Masihkah Kau berkenan melihat keberadaan hamba-MU yang penuh noda ini...
Masihkah pintu ampunan-MU ada untukku...
Atas ketidaksetiaanku kepada-MU...
Atas ketidasempurnaanku dalam mencintai-MU dan Rasull-MU...

Ya Allah Ya Lathiif Ya Ghafuur...
Izinkanlah kini aku tuk melangkah dan bertumpu hanya pada siang-siang-MU...
Izinkanlah kini aku tuk berbaring hanya kepada malam-malam-MU...
Izinkanlah kini aku tuk membasahi sajadahku dalam sujud-sujudku kepada-MU...
Izinkanlah jemariku mengitari tasbih dalam menyebut nama-MU...
Izinkalah sejuk air wudhu-MU tuk selalu mencumbui setiap ruas ragaku...
Izinkanlah aku hanya untuk mencintai dan merindukan-MU dan Rasull-MU...

CINTA vs SUKA


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuba fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta....

Padamu ....



Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Sayangnya Allah pada wanita


Kaum wanita masa kini kononnya sama macam lelaki juga, apa lelaki boleh buat wanita pun boleh buat. Maka timbullah NGO atau kumpulan2 yang memperjuangkan hak asasi wanita dan meminta hak samarata dengan lelaki. Malah mereka juga ada yang terlanjur mempertikaikan status wanita di sisi Islam spt:
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki.
4. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri.
7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”.
Cuba kita lihat kenyataan sebaliknya ?
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?
3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki,
Tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan ingatkah jika dia meninggal dunia karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap! 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ini bermakna, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri
Wanita dikatakan sukar mengawal emosi. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, niscaya syurga menantimu

Jika ....




Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

DOSA-DOSA DI FACEBOOK



puas cinta cari dah tiada dalam wall cinta...disini cinta nak share sekali lagi ...peringatan buat diri sendiri khasnya dan amnya pada kawan yang mungkin tak tahu atau terlupa...niat cinta adalah kerana kasih sayang Cinta pada semua...cinta juga banyak kelemahan ..tetapi cinta tetap nak share ..ia di sharekan sebagai "tanda kasih sayang dari seseorang buat seseorang"..maafkan cinta andai ada yang terasa.

Secara Jujurnya cinta juga pernah melalui ini semua dulu...betapa hinanya diri ini rasanya..Moga ALLAH Mengampunkan dosa2 kita..moga orang yang kita salah padaya memaafkan kita...May ALLAH bless us

1) Mendedahkan keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidaklangsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci,marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka.

Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumahtangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung.Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian.Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya.

Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri)TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan,tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya.Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda,agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam(delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook.

Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin dan suami yang berkongsi gambar isteri yang tidak sempurna auratnya buat tatapan umum.

Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya,sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama,sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

3 ) Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita.

Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya,si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru,sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda.Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti,terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebar luaskan gambar seseorang termasuk dirisendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidak perihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas.Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zamanu niversiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya?Seribu satu macam.

Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extracaution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata,‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' danl ain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain diatas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN:

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra,gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga.

Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah'untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran.

Lihatlah surahal-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah dikalangan mukmin.

Yang satu lagi yang sangat sedih adalah ada pula wanita-wanita yang berpurdah ,dengan bangga share gambar mereka dan suami pula berbangga...muka berpurdah tetapi mata bermake up tebal yang sangat galak ...ada antara mereka yang sedang belajar agama...ada yang tidak menjaga percakapan dengan imej berpurdah.Dan ada yang berpurdah tapi mempertontonkan gambar mereka dengan berbagai aksi ,sedih sangat bila melihat ini semua,bukan kah sepatutnya mereka yang berpurdah ni lebih tahu hukum dan hakam?,jika mereka yang berpurdah menunjukkan contoh yang begitu,contoh yang tak baik..bagaimana ya?

Maafkan cinta jika ada yang terkecil hati.

:::::::::::::Surat Cinta Untuk Jiwaku :::::::::::::::::::::::::::::

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.


Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.


Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.


Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.


Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.


Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.


Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya


"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".::::::::::::::

Sujud Cinta Seorang HAMBA

Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu

Maanfaatkan Surah Al-Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
*utk memohon supaya Allah mencukupkan rezeki kita,bacalah surah al-fatihah 28 kali selepas masuk waktu isyak..

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a
glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the
area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the
door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your
saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the
injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:


* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything

* Read it with full "khusyuk"

* Tawakal to Allah

* Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan
jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit,
elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.

* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.

* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"
dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA
berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.


Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:

Untuk awet muda both internal & external.


1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x
Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas
sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young
and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

Persiapan Memulakan Rumah Tangga Islam

Persiapan untuk membina Bait Muslim merangkumi persiapan secara zahir
dan batin, persiapan jasadiah, aqliah, rohaniah dan syu'uriah. Sudahkah bersedia? Persediaan
tidak mestinya bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan yang
memadai. Persiapan yang memadai itu subjektif. Penilaiannya tergantung
kepada kebijaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap disediakan
boleh dibuat sepanjang jalan menuju hari pernikahan atau selepas
pernikahan.

Persediaan dan pembaikan diri hendaklah dilakukan bukan bermula jauh
sebelum hari pernikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tetapi ia
berlangsung dan tidak akan pernah berhenti hingga suatu noktah yang
pasti iaitu mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikahan perlulah lebih intensif untuk mencapai peratusan persediaan yang memadai.


Persediaan material?

Persediaan material penting kerana realitinya kita hidup di zaman
materialistik. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa menghadapi realiti
dunia ini. Walaupun secara teorinya kita boleh memilih untuk
melangsungkan pernikahan dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas
sahaja, tetapi ianya hanya satu kenyataan yang tidak mudah untuk
dilaksanakan.

Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak membazir, serta
menggunakan kekayaan untuk hal lain yang lebih penting contohnya
seperti infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma kepada rakyat
dan mujahidin Palestin. Tetapi hakikatnya perjalanan hidup kita tidak
ditentukan oleh diri kita sendiri sahaja. Umumnya kita yang menentukan
perjalanan hidup kita tetapi proses ke arah membuat keputusan itu bukan
dibuat oleh kita sahaja.

Keputusan yang dibuat melibatkan orang-orang lain yang mempunyai kuasa
atau setidak-tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan istimewa
dengan kita yang menyebabkan tidak sopan untuk kita tidak mengendahkan
atau menolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan langsung pandangan,
cadangan, kehendak dan suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa kita
(yang mempunyai kuasa atas kita), dan sanak saudara kita (yang
mempunyai hubungan istimewa dengan kita dan secara adabnya kita mesti
menghormati mereka).

Namun jika kita berpegang pada prinsip keseimbangan, insyaAllah kita
tidak akan terlalu mudah terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku
pembaziran dan di sisi yang lain kita tidak akan terlalu berkeras dalam
pendirian kehendak kita hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah
orang-orang yang dekat dan berkait dengan kita.
Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya material kerana mungkin ianya
tidak cukup. Kita juga tidak boleh terlalu takut jika kita tidak
mempunyai banyak harta.

Persoalan utama dalam menjayakan Bait Muslim ini bukan pada banyak atau sedikitnya harta tetapi pada bagaimana kita akan mengurus harta itu?

Jika kita mengurus berdasarkan prinsip yang utama diutamakan dan yang

tidak penting dikebelakangkan atau dilupuskan terus dari senarai.
Insyaallah material kita akan terguna secara baik dan memadai tidak
kiralah ianya banyak atau sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita
melihat orang yang kurang material daripada kita telah dapat berkahwin
dan hidup bahagia, sedang kita yang banyak material masih merasa tidak
cukup dengan apa yang sudah kita ada.

Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta tetapi bergantung kepada cara
menguruskannya.
Sekalipun banyaknya material tidak menjadi syarat untuk memulakan Bait
Muslim, tetapi material mestilah mencukupi untuk memulakan Bait Muslim.
Tidak kisah sama ada ia banyak atau sedikit kerana yang penting ia
mencukupi. Apa ukuran mencukupi? Ia subjektif.

Banyaknya harta cenderung untuk mencapai status ‘cukup' material.
Tetapi berapa banyak orang yang ada banyak harta tetapi hartanya itu
tidak cukup-cukup untuk menampung hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh
sikap dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cenderung untuk
mendapat status ‘tidak cukup' material tetapi berapa banyak orang yang
sedikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan bahagia.

Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya harta, tapi pada bagaimana mengurusnya.
Jika ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah
Islam menyuruh untuk berusaha. Jika berusaha yang sedikit jadi banyak
dan yang tidak cukup akan jadi cukup, insyaAllah.

Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanjikan Allah untuk setiap
mahkluknya. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang
perlu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA. Dengan berusaha,
insyaAllah akan dapat rezeki dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu
pun masih terbuka luas peluangnya. Yang penting, mahu berusaha dan
terus berusaha. InsyaAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melayang,
berjalan atau berlari.


Persediaan akal?
Persediaan akal meliputi pemilikan pengetahuan. Pengetahuan yang
sepatutnya ialah pengetahuan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan
Bait Muslim. Bukan pengetahuan dalam aspek tertentu sahaja seperti
pengetahuan ibadat sahaja atau pengetahuan membesarkan anak sahaja atau
pengetahuan mencari harta sahaja. Ya, memang banyak yang nak kena
diketahui. Di sinilah kemahiran pengurusan pengetahuan sangat
diperlukan.

Ilmu yang diperlukan untuk diguna dalam masa terdekat perlulah dicari
dan dipelajari segera. Ia perlu diutamakan untuk dipelajari berbanding
ilmu-ilmu lain yang masih belum sampai masa untuk menggunakannya. Ilmu
yang tidak diperlukan dalam masa terdekat disimpan dulu sebagai niat
baik yang penuh dengan keazaman serta dicatat dalam senarai perancangan
ilmu untuk dipelajari nanti.

Utamakan pelajaran ilmu yang penting berbanding pelajaran ilmu yang
tidak seberapa penting.
Dalam masa terdekat dengan tarikh pernikahan, ilmu dalam banyak bidang
rumah tangga diperlukan. Sebagai bakal suami, ilmu tentang peranan dan
tanggung jawab suami diperlukan. Sebagai bakal isteri, ilmu tentang
peranan dan tanggung jawab isteri diperlukan. Selain ilmu tentang
peranan, ilmu tentang hak juga perlu diketahui, seperti hak suami dan
hak isteri.

Walau bagaimana pun, untuk kebahagiaan rumahtangga kesungguhan kepada
melaksanakan peranan dan tanggung jawab masing-masing jauh lebih
penting daripada kesungguhan menuntut hak masing-masing. Ilmu tentang
hak adalah untuk mengelak daripada dizalimi sahaja. Ilmu tentang
peranan pula adalah untuk memastikan kita telah melaksanakan
tanggungjawab dan amanah kita dengan adil dan sempurna. Jika kedua-dua
pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta memberikan dan
menjaga hak pasangan masing-masing, insyaallah kehidupan akan aman dan
bahagia.

Banyak lagi bidang-bidang ilmu yang perlu dipelajari contohnya ilmu
mencari nafkah zahir, ilmu membelanjakan nafkah, ilmu nafkah batin,
ilmu komunikasi dalam rumah tangga, ilmu tentang peribadi pasangan,
ilmu keselamatan, ilmu kesihatan, ilmu kepenggunaan, ilmu ibadat dan
ilmu akhlaq. Pelabagai cara untuk mencari ilmu tetapi yang paling
senang ialah dengan membaca. Membaca yang dimaksudkan bukanlah membaca
bahan bacaan sebarangan, tetapi membaca bacaan yang memang tepat untuk
dibaca.

Bagaimana mengetahui tepat atau tidak untuk dibaca?
Buatlah penilaian, bertanyalah kepada orang yang lebih berpengalaman
dan mintalah cadangan daripada yang pakar. Selain membaca, perkongsian
pengalaman dan dialog lewat perbualan biasa juga sangat bermanfaat.


Persediaan rohani?

Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika tarikh pernikahan
telah berlalu tetaplah terus melatih diri dengan menyemai dan
menyuburkan sikap yang baik dan membuang sikap yang buruk dalam diri.
Biarlah sikap baik tumbuh menggantikan tempat sikap buruk. Pada masa
bujang, sikap yang baik mungkin senang kita amalkan dan sikap buruk
kita pula tidak menjelma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa.

Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan rapi kerana tidak ada
ujian atau cubaan yang mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkahwin,
banyak ujian dan dugaan hadir dalam hidup sehingga ia mengganggu sikap
buruk yang selama ini terpendam dan kita akan mendapati banyak sikap
buruk pada diri kita selepas kita menikah.

Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik setiap masa dan
bersungguh-sungguh bersikap baik agar pada saat genting atau saat
keletihan selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-benar
menjadi diri kita yang sebenar, saat kita benar-benar diuji dengan
cubaan berat, sikap-sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita,
masih melekat pada kita dan kita masih ber'amal dengannya seperti biasa
biarpun kehidupan kita telah berubah, contohnya kita menjadi makin
sibuk, atau makin penat, atau makin banyak cabaran hidup mendatang.

Maklumlah kalau semasa bujang, kita hanya mengurus diri kita sendiri
maka kita tidaklah terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi
apabila kita telah bernikah kita telah megurus dua orang manusia yang
berlainan jantina dan berlainan latar belakang kehidupannya. Pastilah
kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat.
Oleh itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita
sementara kita belum bernikah.

Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah istiqomah membuang
sikap-sikap buruk dalam diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai
dan banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan sedikit. Tetapi
pokoknya kita tidak mahu sikap buruk ada pada diri kita biarpun satu
kerana satu sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang besar untuk
mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga apatah lagi banyak sikap
buruk yang kita miliki.

Contoh sikap buruk ialah sangat mudah berprasangka buruk, hasad, tidak
mahu mengalah, cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sensitif atau
manja, pemarah dan pendendam.
Jika pada masa bujang lagi kita telah ada banyak sikap buruk, maka
buanglah cepat-cepat kerana sesudah menikah ia lebih senang berkembang
dengan subur berbanding masa bujang sebelum kahwin.

Membuang sikap buruk bukan mudah, malah susah dan memakan masa. Tetapi
kesusahan itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah bermujahadah
membuang sikap buruk selepas nikah dan sekalipun telah lama bernikah.
Perubahan itu mungkin walaupun susah. Disebabkan ia memakan masa, maka
ia perlulah dibuang segera bermula sekarang.
Sekalipun jika masa bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk saja,
janganlah beranggapan ia sedikit dan boleh dibuang dengan senang
apabila mendekati tarikh pernikahan atau setelah menikah.

Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa yang utama untuk membuang
sikap buruk. Ya, tidak dinafikan membuang sikap buruk masih perlu dan
masih boleh dibuat selepas pernikahan, tetapi ia bukanlah lagi medan
fokus utama setelah menikah. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting
yang perlu dibuat. Membuang sikap buruk menjadi kerja sampingan saja
kerana banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang perlu diutamakan.

Menunggu masa selepas menikah untuk bermula membuang sikap buruk adalah
perjudian yang sangat besar risikonya kerana peluang membuang sikap
buruk tidak secerah sebelum menikah lagi sekalipun peluang itu masih
ada. Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi sempit. Sebelum
kahwin, peluang itu memang ada dan luas. Pilihlah antarapeluang yang ‘masih ada' atau ‘memang ada', dan pilihlah antara sempit dan luas.


Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa bujang ini sebaiknya untuk

membuat persiapan dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan bijak.
Jangan biarkan sesaat pun masa anda terbazir dengan hal tidak
berfaedah, kelak selepas kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda
lagi menyesal kerana akan ditanya di sana. Sudahkah anda bersedia?
Untuk berkahwin dan untuk menjawab di Padang Mahsyar.

Mengertilah Wahai Adam

Adam,mengertilah...

Hawa bukanlah insan yg kuat..

bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..

tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...

tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...

sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..

agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...

telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..

Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..

perfume, make up, perhiasan...

telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..

namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...

Hawa ini berjiwa lembut...

sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...

Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...

namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...

setiap kali 'sms' diterima..

Hawa keliru...

ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..

tapi Hawa akur tuntutan sahabat...

Hawa tewas...

Hawa reply juga...

mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...

setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..

memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...

Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..

namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..

cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..

jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..

kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

TENTANG AKHLAK MEREKA

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga...

Wanita solehah, cerminan Ainul Mardiah...
 
Sabda Rasulullah s.a.w: 
  
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim 
 
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
 
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
 
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.  
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." 
 
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah. 
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". 

Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yangmustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang 
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...

     Saudariku,
 
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...
Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...
Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...
Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
 
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...
Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...
 
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
 
Ibnu Aminah aljuhury..............

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts