Memaparkan catatan dengan label Antara difikiran ^_~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antara difikiran ^_~. Papar semua catatan
Awas !!! ada ajer yg mmerhati ...

pernah dengar ayat ini :

"Awas !!! ada ajer yg mmerhati ... !!!"

tahu??? tinggalkn coment ok :)

by the way point for entry kali ini ialah ...

pernah x korang rasa diekori @ di perhati 24 hours???

mungkin ada orang akan kta ... "memang lah ... Allah & malaikat kn 24jam duk perhati hambanya..."

ATAU ... itu adalah tanda ajal semakin menghampiri???

"Jika benar Ya ALLAH ... matikanlah hambamu ini dalam iman ikhsan & taqwa :)"









cALL "NANNY 911 ..."


Alhamdulilah kelapangan musim cuti ini aku berkesempatan untuk menjadi peminat setia NTV 7 … [erm x la setia sgat Cuma tgok program yang best jer …]

Ok malam nih aku dah nonton 1 program yg mat saleh punya iaitu “NANNY 911” sebuah program yang memaparkan kisah hidup berkeluarga yang bermasalah lalu di bantu oleh “PENGASUH” dari agensi NANNY 911 itu … 

Melihat  keadaan keluarga sebegitu aku mula berfikir yang ada baiknya sebelum kahwin nih mat saleh ikut cara kita di Malaysia iaitu menyertai “KURSUS KaHwiN” [apa pendapat kooarang] sebenarnya aku x2 la apa mereka ada @ tak  cara untuk merealisasikan sesebuah perkahwinan yang bahagia … I mean “latihan amali yang perlu d ketengahkan kepada bakal suami isteri ini akan setuasi setelah berkeluarga” 

Aku nak cakap lebih pun x berani sebab “KURSUS KAHWIN” yang patut diambil itu belum lagi sempat untuk aku mengambilnya he he he …

Yg mana LEBIH menghilang KERAGUAN {?_?}

@ 
YANG MANA PILIHAN ANDA MuSlIM ???

Mentor 5

wah ..aku sokong perubahan yang adry wat dalam persembahan proteja dia..

tapi xbermakna aku menyokong acara tersebut [just xmau da salah paham] aku suka cuma cara dia wat persembahan dimana proteja adry seolah2 membuat persembahan duet bersama arwahyarham  Sudirman. Tahniah aku ucapkan walau x menang ia seolah2 membuka sedikit mata penonton inovasi sebuah pesembahan pentas ...

Surau Shahab Perdana...

Apa Pendapat korang bila tengok gmbar ni???

Tempat : Surau Shahab Perdana, Aloq Star, Kedah Darul Aman...

Kepada yg perihatin, pihak berwajib lakukanlah sesuatu ...


 



aDA BETUL KER? ...



aDA BETUL KER ??


aDA BENAR KER??


Ya ka?? Tidak Ka??


Orang ada kata peribadi kita bergantung pada nama yang telah di letakkan oleh mak dan ayah kita suatu masa dahulu ? ? ?  
(dulu mak ) cerita macam macam jadi waktu nak bubh nama aku yang bermaksud tenang ni ..

tapi BETUL KER ??? aku seorang yang tenang ???  nak kata mak ayah tgok aku blik apa yg aku lhat adalah serabut bukannya tenang .. hu hu 

kenapa la kan x bubuh jer nama ليف yang membawa maksud serabut?  mak abah bukan along x syukur dengan pemberian nama yang diberi tapi cuma inginkan kepastian adakah benar maksud nama mempengaruhi keseluruhan peribadi insan itu??
 

ERmm ...~_~ BetulKer???



Semakin hari makin banyak video @ erti kata lain MEDIA ^^ sedang menghebohkan kpd kita tntg ketibaanyaa HARI KIAMAT.

Apa Yang membuatkan aku bingung adalah ... dari mana datangnya tarikh 2012 itu ?? Ya Alllah lihat lah penyebaran manifesto atau lebih kata lain dakyah barat telah menerjah masuk ke dalam fikiran kita...

cukup saja kita tgok design packaging dvd dia sudah dapat menarik berapa banyak penonton aku sertakan design dia  

2012 jugak lah menyingkap sejarah aku sebagai seorang pelajar Islam...
Nak tahu cerita?
Sewaktu aku tgok cerita ni aku wat tayangan perdana la kt umh akau adalah 2 tiga anak buah aku pun join sekali sepupu adik-addik jiran-joran erm .. lebih kurang kalu mintak cahrge masuk rm2 seorang boleh la dapt dlm rm100 .. he he he melawak jer
tup tup adalah 1 orang pakcik ni dtg rumah aku aku apa lg lari lintng pukang la mencari tudung ish-ish kalu nk dtngpun x booleh ker tpon dulu @ lbh mudh untuk ku ungkapkn Beri SALAM maih nak ajar ucapan dia .. ASSALAMUALAIKUM... dan orang yang mendenganya hndklah membalas WAALAIKUMUSSALAM!! ok PAk cik ....
Ha ha tiba la masa kemuncak dia ... sewaktu tgh syok mnonton si Pakcik ni pon .. kacau daun.. ish dlm hti bara api yg td x padam lg dia dh mula buat api td menjadi garang .,. hu hu hu الصبر من الايمن  nasib baikla otak aku waras lg..
adakah patut dia g suruh tutup cerita 2.... aku bengang gk la...
dia pun... pot pet pet ...
aku pun dengar jer la...
lastly aku pun tutuplah yang lain buat muka sekupang. mana x neyr wayang x hbs tgok lg panggung wayang kena tutup. sapa suka ..
Nak tahu apa yang Pak cik tu membebel :
1. apa lah ang ni bg tgok budak-budak cerita karut ni..
2. besar saja tapi x da otak fikir la sikit
3. hang ngaji agama.  Al-quran ada ka kata kiamat 2012?

untuk hormat orang tua-tua aku hanya angguk-angguk geleng-geleng akan segala persoalan yang diajukan.

huhu api dh meMBESAR  ni ... PAK CIK ...

DENGAR PULAK JAWAPAN SAYA PULAKYA PAK CIK  :
1. KENAPA SAlAH KA SAYA MENaYANG FILEM YANG BERUNSURKAN KASIH SAYANG? BETUL TAK? MEMANG LAH DIA PASAL KIAMAT TAPI KISAH DIA ADA MENEYLITAKN KISAH PENGORBANAN SEORANG BAPA DALAM NAK MENYELAMATKAN ANAK-ANAKNYA dan keluarga DARI KIAMAT ITU... SAYA RASA CERITA NI x NGARUT KAN !!!

2. MEMANG LA SAYA BESAR DAH UMUR 20 KOT X KAN NAK STILL MAINTAIN BADAN MACAM BABY? FIKIR? SALAH KA SAYA BUAT WAYANG DALAM RUMAH? BUAT PENGETAHUAN PAKCIK KAKI INI BELUM LAGI MEMJEJAKKAN KAKI PANGGUNG WAYANG!! DEK KERNA SAYA NGAJI AGAMALAH SAYA X PERNAH PERGI .... SAYA NAK TNYA SALAH KAH BUAT PANGGUNG WAYANG KAT UMAH? Boleh lg ba MENGERATKAN HUBUNGAN KELUARGAAN SERTA HIDUP DALAM SUASANA KEJIRANAN. betul x ??? UUH

3. YA SAYA MEMANG MENGAJI AGAMA SEBAB SAYA PELAJAR SEKOLAH AGAMA MEMANG SAYA TAHU TIADA TERCATAT DALAM AL-QURAN TARIKH HARI KIAMAT TAPI X SALAHKAN UNTUK KITA MENONTON AgaR JADI PERINGATAN SUPAYA BERSIAP SEDIA DENGAN AMALAN SOLEH.....

terbaru aku lihat vedio ni ... betulker 25-12-2012  HARI KIAMAT??
 
yang lain aku serah kat semua think it ...




Cantiknya WANITA itu ....


Koorang rasa WANITA itu cantik x? Dari segi apa? Paras rupa? harta ? @ fizikalnya?


Jom kongsi buah fikiran ya ... (tinggalkan komen dibawah entry)

Monyet BERCINTA !!!!! terhangat dipasaran ...






Lawa x snap diatas .....

bukan monyet sebenarnya ingin ku katakan sedang hangat bercinta tapi tentang CINTA MONYET .. (saja jer tajuk sebegitu rupa digunakan untuk attract reader. hehe bru lepas belajar WRITING FOR MULTIMEDIA)

apa sebenarnya cinta monyet? klu dri pemahaman aku adalh percintaan sewaktu zaman sekolah alah macam zety ngn zack zaidi dalam filem sembilu tu ...he hehe


LIHATLAH ...



kisah realiti di Sungai Petani kedah { tempat ana la}

kesihan budak melayu sekarang kemana perginya agama ???

bukak dada korek hati bertanyalah tentang diri sendiri {maaf bunyi agak kasar sikit }

LETS FREE OUR MIND .... ALLAHU AKBAR

tarian poco-poco


Paparan ana ... Tafsiran Anda


assalamualaikum, alhamdulillah krn kita smua msih bernafas lg dgn keizinannya.ana ign brkongsi dgn rkn2 smua tntang tarian poco2 yg sdg hangat ditarikan smua masyarakat, umumnya masyarakat kt yg beragama islam trutamanya suri2 rumah dan bdn2 kerajaan ketika mghadiri kursus.sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal drp filipina, bkn indonesia.

ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian semasa upacara sembahyang mingguan mereka. lihatlah shj bgaimana pergerakannya yg mmbntuk salib. mungkin kt xprasan krn kite ske mgikut ssuatu yg bru tnpe usul periksa.

inilah cara musuh islam mgenakan kita..sdgkn kita tahu apabila kt melakukan ssuatu yg mnyerupai ssuatu agama, maka kita dikira merestui agama itu spt amalan yoga yg telah difatwakan haram krn menyerupai agama hindu, cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lg..

marilah kt sme2 fikirkan..'masya allah..ana prnah trfikir dlu, knp tarian itu dimulakan dari kiri? dan ape jenis senaman ini? relavenkah tarian ini? yg klihatan spt tidak siuman.,,,'

dengan ini 'terungkailah' persoalan itu semua. jadi ana menyeru kpd diri ana dan anda semua lapisan masyarakat mengambil inisiatif untuk tidak lg 'menarikan' lagi tarian ini yg ternyata mensyirikkan allah tanpa kt sdr. dan pling utama mmohon keampunan allah atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini..

semoga mndpt perhatian drp phak brkenaan agr mgkaji scara trperinci tntg kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kpd akidah umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar umat islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikan' menarikan tarian ini...wallahhu'aklam

AIR MATA KEINSAFAN



Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….




Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…

Bagaimanakah Rupa Islam ????

ana ambik dari sahabat2..
Paparan saya, Tafsiran anda...
Bagaimana RUPA agama islam?

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagai manakah bentuk rupa ugama islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA.

Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.
Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur & harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?

aku kata:
Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2 pun tahu itu pasal malam.
kenapa?

kerana kat situ ada amalan pasar malam;
Apa amalan pasal malam?

Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!

Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat km mangil macam negara islam…sesetengah tempat memangil macam… macam setan!!! .oh..tepuk dada tanya iman …

Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…

Pertama
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU (kat rumah)

La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. .

"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,


RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…"

(Lagu :peristiwa akhir zaman )

Sekarang ni, trend org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang, maklumlah ada cerita "Super man return"(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!

Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada syaitan (lebih kurang maksud):

"Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)
"terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?"

Dah tentu aku jawab :

"aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"

Oh…

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)

-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.

( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )

-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu
–
maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)

-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu –
maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagai man a?)

huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!

Saidina Umar R..a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…

Maafkan aku kerna membebel mac am mak nenek…oh..

Kedua
ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT


Dulu 2 pada za man sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...


ingat pesan Kak Pah:
"carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam"…
isk..isk..

Ketiga
ADA SUASANA UGAMA IAITU:


-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat, atau apa?
budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)

-Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!

aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
(oh..ummat masih menderita…)
-----------
-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!

aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman !!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku)
oh…

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya…

aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!

Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan ramat untuk kampung itu,

Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r..ha)

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…

AMIN..YA ROBBULALAMIN… ^_~

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts