Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan
SMS to ALLAH



Kalau CinTa mengapa perlu MENYIHIR ???
Kalau SAYANG mengapa perlu MENYANTAU ???

ADA cara YANG lebih bagus ... DOA la pD ALLAH

Mengapa TIDAK

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.                              
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

Mutiara kata 26/09/11

"Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah."
FROM : asharinaa

Mutiara kata 21/09/11

Hakikat dakwah itu bukanlah sekadar pada ucapan dan penulisan, namun ia juga merangkumi perbuatan dimana seandainya perbuatan yg dilakukan oleh kita itu adalah perkara yg baik dan ia menjadi teladan pd seseorg untuk mengikutnya, itu juga dinilai sebagai dakwah
Hakikatnya setiap insan itu ada nilai2 pendakwah didlm dirinya, cuma ia perlu dipraktikkan mengikut segala yg syari'at tetapkan. Jangan sempitkan minda bahawa ustaz dan ilmuwan sahaja yg berhak menjadi pendakwah, walhal sebenarnya kita juga adalah pendakwah, samada terhadap diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.Wallahu'alam.

Mutiara kata 15/09/11

Tasbih melembutkan hati.
Tahmid mempersonakan jiwa.
Istighfar mengharum kehormatan.
Yang keras hatinya semoga bertasbih,
Yang keruh jiwanya dengan ego semoga bertahmid,
Dan yang tak terkendali, semoga beristighfar

Mutiara kata 14/09/11

Tuliskan RANCANGANMU dgn PENSIL..
Kemudian serahkan PEMADAMNYA kpd ALLAH..
Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu,
Dan MENGGANTIKANNYA dgn rancangan yg lebih BAIK..
Kerana DIA lebih mengetahui apa yg terbaik unk hambaNya..
InsyaAllah, amin ya Allah.
from Islam- The way of Life

Mutiara kata 07/09/11

"Jangan bimbang andai kita tidak rupawan,
tetapi bimbanglah jika kita berakhlak murahan.

Jangan resah andai kita belum berpasangan,
tetapi resahlah andai masih belum mendapat cinta dari tuhan.

Apalah maknanya punya dunia dan kemewahan,
Andai jiwa miskin tanpa keimanan."

Mutiara kata 06/09/11

Taubat ialah meningggalkan perbuatan dosa kerana mengetahui kehinaannya, menyesal kerana pernah melakukannya dan berkeinginan keras untuk tidak mengulanginya andai pun mampu.
Di samping itu, mengiringinya dengan amalan yang dahulunya diabaikan dan melaksanakan seluruh kewajipan yang pernah ditinggalkan ikhlas kerana Allah swt, mengharapkan redha-Nya dan takut pada seksaan-Nya. 
Semua ini boleh dilakukan dengan syarat sebelum nyawa di tenggorokan dan matahari terbit dari barat...
via Sham Kamikaze

Mutiara kata 27/07/11

Tanya sama IMAN, apa sebab GOYANG? Nanti jawab IMAN, UJIAN yang GONCANG...

Tanya sama UJIAN apa sebab KENCANG? Nanti jawab UJIAN, tanyalah AQAL..

AQAL nanti kata, aku kandung ILMU. Sampai waktu PERLU, aku pun SERU..

Tengok dalam HATI ♥ , nampak tmpat GELAP, campak NUR HIDAYAH, GELAP pun HILANG

Mutiara kata 21/06/11 from mursyid Imam Muda Muhamad Zulkifli Hamat kepada pelajar Imam Muda musim ke-2

"orang yang hebat adalah orang yang dapat membezakan baik dan buruk manakala orang yang paling hebat adalah orang yang dapat mencari kebaikan dalam keburukan."
 
"Tembaklah cita-cita anda di langit yang tinggi walau ia terkena pd awan yang rendah ..."
kata-kata dari mursyid Imam Muda Muhamad Zulkifli Hamat kepada pelajar Imam Muda musim ke-2

Mutiara kata 18/05/2011

ALLAH menjawab doa kita dalam tiga 3 cara: 
1. DIA mengatakan 'Ya', lalu memberikan apa yang kita kehendaki.
2. DIA mengatakan 'Tidak', lalu memberikan sesuatu yang lebih baik. 
3. DIA mengatakan 'Tunggu' untuk memberikan kita yang terbaik!

Mutiara kata 6/11/2010

Manusia Melahirkan Cinta, Cinta Melahirkan Manusia...

Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH bertemankan RAHMAH untuk menempuh hari CERAH & mendung HITAM, manis MADU, dan PAHIT hempedu pada realiti sebuah KEHIDUPAN...

Mutiara Berharga



Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir, dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. (Al Maidah:57)

koleksi mutiara kata



 
  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya
  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  • Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
  • Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
  • Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
  • Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
  • Hati si isteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
  • Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat
  • Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil
  • Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

Pesanan Dari Kakak ..~_~


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

Mutiara kata 29/09/2010

Sekian Lama ku tunggu...
Tambatan Hati penyejuk Kalbu
Yang selalu dihati dan dirindu
Dalam setiap muhasabah malamku
Kini bermuaralah penantian itu
Allah telah menjawab doaku
Semoga "dia" lah pilihan tepatku
Yang akan selalu mendampingku
Menyempurnakan separuh DIEN-KU
BERJUANG DALAM BAHTERA SYAHDU
Menuju RAHMAT dan RIDHO-MU .... ~_~

kata2

Wahai Perasaan 
Ku Layarkan Bersamamu Sebuah Harapan
Ku Samuderakan Penuh Godaan
Sang Camar Beriringan Menunujukkan Jalan 
Agar Aku Tak Kesesatan Dilambung Gelombang
Atau Kehilangan Arah Jalan Pulang...
Wahai Perasaan Yang Tak Pernah Terpuaskan
Kemana Lagikah HAluan Harus Ku Halakan?
Akhirnya Dalam Pelayaran Belum Berkesudahan
Ku Temukan Sebuah Pelabuhan
Untuk Ku Pujukmu Wahai Perasaan...
Oh Tuhan .. Berikanlah Percikan NurMu..
Agar Aku Tak Kesesatan... Dan Tahu Jalan Pulang

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts