Change Program :)

pray for me please :)

Berita untuk KAWAN

Assalamualaikum, akak & adik sekalian...
YUK HuLuRkan SUMBANGAN ANDA UNTUK PALESTINE ke akaun :

Aman Palestine : 
1- Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2- Maybank (M) Berhad: 562263010787
3- Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
4- RHB Islamic Bank: 21245760004907
5- Bank Rakyat: 22-080-619592-2
6- CIMB Islamik: 12150001242107

Haluan :
1- Bank Islam (M) Berhad: 14023010034292
2- Maybank (M) Berhad: 564490208528

Mercy Malaysia :
1. CIMB : 14240006561053

Aqsa Syarif :
1- Bank Islam (M) Berhad: 12 092 01 003490 4
2- Maybank (M) Berhad: 5515 7500 4299

Islamic Relief Malaysia 
1.Bank Islam (BIMB) : 1202 90100 6564 3
2.Maybank (MBB) : 5621 4270 8704
3.CIMB (CIMB) : 1259 0000 804 058

MILO vs COCO

Al-kisah disebuah kedai ...

datang 2 orang  pengguna yang amat kehausan dan memesan dua minuman berlainan ...

pengguna 1 : "KAK!! MILO ais 1"

pengguna 2 : "KAK!! COCO ais 1"

STOP  ... kat sini ... ada nampak x perbezaan???

Tapi ... sebenarnaya tidak ...

Pengguna ditipu selama ini ... <salah sorangnya akula>

untuk menjimatkan bajet membeli MILO yang mahal (sekarang) telah digantikan dengan minuman coco yang rasanya lebih kurang sama ...

YA ALLAH apa kena nih ... CARI REZEKI maula kena dengan cara yang HALAL !!!

Ingat !!! ALLAH sentiasa ada memerhatikan gelagat hambanya :)

Jihad & Terrorism ᴴᴰ by Sh. Dr. Zakir Naik


Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah


Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah pada7 Disember 2012 di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Acara bermula jam 2 petang dengan program wanita, konvoi motorsikal, bicara orang muda, Kuliah Asar bersama UAI, munajat dan Pidato.

Penyatuan DUA HATI ...


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah bahawa Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya, dan diciptakan-Nya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” 

(Ar-Rum: 21)


Tahniah buat sahabatku Umairah Ahmad Dalan dan pasangannya Ahmad Syahin Mohd Amin yang akan mendirikan mahligai bahagia pada hari berikut :

14/12/2012
Majlis akad nikah -selepas asar-

15/12/2012
Majlis penyatuan dua hati - 12pm - 6pm-

Alamat :
213A Kampung Alor Melintang, 
Mukim Gunung,
05150 Alor Star,
Kedah.

18/12/2012
(majlis sebelah pengantin lelaki)
Kampung Padang Kala, 
16400 Melor, 
Kota Bharu Kelantan.


doakan km pula menyusul :)



Anemia

Ia kembali menyerang !!!

sudah cukup sudah.. banyak ubat yang aku makan ... :(

ada yg masih lg kabur tentang anemia?

ok try tegok video ini sumber dr kementerian kesihatan malaysia


sebelum akhir .. ada tips untuk hilang kan penyakit ini sila la share & please pray for my health. :)

My Roomate is A EJEN!!!

xdapat ku ungkapkan kata pabila tahu akan ini ..

YA ALLAH ...

Brikanlah hidayah kepada dia

AMIN ya robb

"letakkan dunia di tanganmu, dan akhirat dihatimu"Maksudnya, jika kita ibaratkan dunia seperti bola yang berada dalam tangan, kita boleh menggenggamnya, kita yang menguasainya, kita yang menjaganya dengan baik, atau menghancurkannya. Kita boleh membaling dan mengambilnya, pada waktu yang kita mahu. Kalau kita letakkan dunia di hati, ia yang akan menguasai kita, ia yang akan menjaga atau merosakkan kita.


Sebaliknya, akhirat diletakkan dihati, agar kita jelas tujuan dan destinasi abadi kita. Kalau kita mahukan syurga, hati kita akan bekerja untuknya, menjadikan dunia sebagai alat untuk mencapai tujuan kita, iaitu bertemu Allah di kampung abadi kita, akhirat. Jika akhirat diletakkan di tangan, maka kita melakukan sewenang-wenangnya, sedang hati kita dikuasai keinginan kepada dunia.

Saat itu ....

Arghhh

DEMAM lagi !!!

Ya Allah ...

hambamu x sanggup dah ...

Cukuplah stakat ini ....

[mode pasrah ... Doakn SAYA agar cepat SEMBUH]

Bagaimana Insan Biasa Menjadi Insan Luar Biasa.


Assalamualaikum wbt. usrah minggu ini membincangkan tentang bagaimana insan biasa menjadi insan luar biasa.
Secara asasnya untuk menjadi insan luar biasa kita hendaklah rapat dalam berkomunikasi dengan Allah. Selain komunikasi dengan sahabat dan teman kita harus menjaga komunikasi dengan Allah dengan menjaga solat. Apa yang saya maksudkan dengan menjaga solat ini adalah berkaitan waktu dalam melakukan ibadah solat itu sendiri dengan menunaikan solat di awal waktu. Setiap waktu solat itu mempunyai kelebihan tersendiri jika kita menunaikan solat di awal waktu dan ia juga ada berkait rapat dengan fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
1. Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
2. Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
3. Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
4. Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
5. Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selain itu juga, tidak terkecuali solat sunat yang terdapat dalam Qiamullail yang mempunyai kelebihan tersendiri.
1. Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Jika kita dapat melakukan kesemua ini tidak mustahil kita boleh menjadi insan luar biasa dalam kehidupan.

Tip 123


‎::
“1) Andai Benar RINDU,
Cukuplah perasaan itu dikirimkan melalui DOA.

2)Biar rasa yg berlagu di hati itu,
Kita coretkan dLm warkah sepi yg isinya Cuma ALLAH yg tahu.

3)Jangan krna kita,
dia gugur dari perjuangannya mencari redha Allah.

4)Jangan krna kita,
dia terus lena dalam kealpaan....”

^_^ Sama2 saLing menjaga HATI....♥♥

Al-kisah cerita seorang pengurus......


"Salam ustazah, saya terasa sangat hilang arah... tak tahu apa yang perlu dibuat, difokus dan tidak gembira... keluarga dan suami, anak rasa terabai... ustazah minta bantu," kata Jannah kepada ustazah di kampungnya...

"Jannah ini seorang yang sibuk ke.... sibuk sampai tak ada masa?" tanya ustazah tersebut...

"Ya...." jawab Jannah.

"Boleh bagi ustazah 15 m...init... jalan-jalan dengan di tepi pantai..." ustazah bercadang.

"Ustazah, buat apa jalan-jalan... saya tak ada masa.... kalau ada jawapan jawablah saja... tolonglah saya..." kata Jannah yang mula mengalirkan air mata....

Ustazah tersebut melihat Jannah yang kenangisan lalu membawa sebuah balang dan memegang tangan Jannah dan memaksa beliau ikut berjalan di tepi pantai...

Apabila terjumpa batu-batu yang agak besar, ustazah tersebut memungutnya dan memenuhkan balangnya....

"Mengapa ustazah masuk dalam balang... berat lah jadi balang ini... ingat ustazah nak pergi ambil air laut...." kata Jannah.

"Balang ini penuh tak?" tanya ustazah pada Jannah...

"Penuh dengan batu..." jawab Jannah....

Mereka meneruskan perjalanan... apabila terjumpa batu kerikil, ustazah memungutnya dan memasukkan ia dalam balang yang dipenuhi batu besar tadi....

Batu kerikil pun memenuhi ruang kosong antara batu-batu besar dalam balang tersebut....

"Lagi beratlah ustazah... buat apa masuk banyak lagi batu... dah tak muat dah..." kata Jannah...

"Penuh tak balang ini," tanya ustazah sambil bersenyum....

"Dah terlalu penuh..." jawab Jannah....

Kemudian, ustazah mengambil pasir halus dan memasukkannya ke dalam balang... ruang kosong balang kini dipenuhi pasir....

"Penuh tak balang ini?"

"Penuhlah... dah tak boleh masuk perkara lain... apa ustazah buat ini... beratlah balang itu..." kata Jannah....

Kemudian, ustazah menggunakan tangannya untuk menyedok air laut ke dalam balang yang penuh itu sehingga penuh....

"Penuh tak balang ini?"

"Ini dah melimpah dah ustazah... mestilah penuh..." kata Jannah...

Ustazah menyuruh Jannah memegang balang yang berat tersebut sekejap... dan bercerita...

"Jannah, bayangkan balang ini adalah hidup Jannah. Batu-batu besar tadi melambangkan perkara penting dalam hidup Jannah seperti, keluarga, anak, kesihatan, suami... benda-benda yang paling penting dalam hidup Jannah.

Tanpa batu kerikil, pasir mahupun air laut, hidup Jannah masih penuh seperti yg dijawab Jannah semasa ustazah masukkan batu-batu tadi ke dalam balang...

Jika Jannah mengambil berat mengenai batu-batu ini, masih ada ruang untuk perkara lain yang lebih penting seperti kereta, rumah dan pekerjaan seperti batu kerikil yang memasuki balang....

Yang lain dalam kehidupan seperti pasir dan air... adalah tidak penting... tapi masih boleh menjadi sebahagian hidup kita asalkan batu-batu besar diberi perhatian khusus....

Kalaulah balang ini, Jannah masukkan pasir dan air dulu... boleh ke Jannah masuk batu-batu besar ke dalam balang?" 

............

Jannah tersengam. Tetiba balang yang berat itu terasa ringan dan dibawanya balik ke rumah... kehidupan Jannah berubah hari itu.

Jika kita menghabiskan masa untuk perkara-perkara tidak penting seperti pasir dan air... kita tiada masa untuk perkara-perkara yang penting untuk kita... Fokuskan perhatian kita kepada perkara-perkara yang kritikal kepada kegembiraan kita... yang lain akan ada ruangnya dalam kehidupan kita.

Jaga batu-batu besar dulu, itu yang penting... yang lain hanyalah pasir.


SenYum :)

Awas !!! ada ajer yg mmerhati ...

pernah dengar ayat ini :

"Awas !!! ada ajer yg mmerhati ... !!!"

tahu??? tinggalkn coment ok :)

by the way point for entry kali ini ialah ...

pernah x korang rasa diekori @ di perhati 24 hours???

mungkin ada orang akan kta ... "memang lah ... Allah & malaikat kn 24jam duk perhati hambanya..."

ATAU ... itu adalah tanda ajal semakin menghampiri???

"Jika benar Ya ALLAH ... matikanlah hambamu ini dalam iman ikhsan & taqwa :)"









Love story ... note all will be happy ending

Kisah Lamaran Cinta, semangat ukhwah dan Itsar luarbiasa para sahabat RA... mari kita tadabburi..

Kisah Cinta ini dimulai oleh suatu saat yang indah yakni proses “lamaran”. 
Abu Darda diajak oleh Salman Al Farisi pergi meminang gadis solehah lagi cantik yang disukainya. Salman menyiapkan seluruh bekal dan mereka berdua segera bertandang ke rumah sang Gadis. Sampailah Abu Darda dan Salman di rumah sang Gadis, Salman pun dengan jujur mengutarakan maksud kedatangannya kepada sang Gadis itu yang ditemani ibunya. Sang Gadis itu menjawab..”Aku menolak lamaran Salman, tapi jika yang melamar Abu Darda, maka aku menerimanya”.

Saat itu kata Abu Darda aku membayangkan hati Salman seakan-akan (seperti ada petir menyambar-nyambar di tengah hujan deras), Ternyata aku salah, justeru Salman menerima jawapan sang Gadis dengan penuh kerelaan. Saat itu juga, Salman memberikan seluruh bekal lamaran yang dia bawa kepada sahabat yang duduk disampingnya, yakni Abu Darda untuk segera melamar gadis itu.


Akhirnya proses lamaran yang terbalik itu terjadi dan Si Gadis menikahi dengan Abu Darda. Tidak terbayang jiwa CINTA Salman ini begitu luar biasa, dia tidak patah hati bahkan sangat "gentlemen" dengan rela memberi sesuatu yang ingin dimilikinya itu pada sahabatnya sendiri.

“Jiwa ITSARnya luar biasa. Apakah ada pemuda zaman sekarang dapat melakukan seperti yang ditunjukkan oleh Salman?”. Yang ada kalau di TV-TV dan sinetron-sinetron, patah hati jika ditinggal kekasih kalau tidak, ada istilah pagar makan tanaman @ milik sahabat sendiri dihambat juga dengan cara yang tidak beradab, sehingga rosak semua persahabatan yang telah terbina.

Maka, Salman telah mengajar kita bagaimana mengurus perasaan cinta yang Allah redha.. luarbiasa..! Nantikan sambungan kisah ini...

suatu cerita ...

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”


Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

Renunglah wahai hati2, mge kita sampai ke makam itu....sebarkanlah mge bermanfaat....

Tiada lagi alasan


Rujukan Bersama :)


TanYa !!!

Tanya Sama Pokok Versi Lama

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya Sama Pokok Versi Saintifik

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Dey, pokok mana boleh cakaplah!
Tapi kalau dia boleh jawab pon,
Dia bergoyang sebab angin,
Yang merupakan pergerakan sekumpulan gas,
Secara skala besar.

Kalau nak tanya langit apa sebab hujan,
Bukan ada guna pon sebab samalah langit tak boleh bercakap, biol!
Tapi kejadian hujan adalah disebabkan proses kondensasi,
Wap-wap air yang tersejat dari permukaan bumi,
Bila sampai tempat sejuk, wap-wap air tu bertukar menjadi air semula.

Tengok dalam air bukan nampak bayang-bayang la pandai,
Tu refleksi, cahaya dari tubuh badan kita yang dipantulkan oleh permukaan air,
Bayang-bayang disebabkan oleh objek legap yang menyerap cahaya matahari,
Cahaya yang lalu yang tidak diserap tulah yang membentuk bayang-bayang!

Susah betul cakap dengan orang kolot ni...

Tanya Sama Pokok Versi Sains Sosial

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Walaupun pokok tak boleh nak jawab secara literal,
Tapi rasanya tu metafora je tu,
Nak maksudkan setiap perkara yang berlaku tu ada sebab musababnya.

Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit, tanyalah awan,
Di sini kita nampak sikap langit yang tidak betanggungjawab,
Terus menghalakan si penanya kepada awan,
Tapi mungkin juga menggambarkan sikap rendah diri langit,
Yang merasakan awan lebih tahu daripada dirinya.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Mungkin awan nak kata sesiapa pon boleh berubah,
Kalau kena pada tempat dan keadaannya,
Sama ada perubahan yang baik atau pon tidak.

Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Di sini jelas konsep air yang tenang jangan disangka akan tenang selamanya,
Kerana bila ada faktor-faktor eksternal,
Pasti ketenangan itu akan diganggu-gugat.

Tanya Sama Pokok Versi Tauhid Zindani

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, Allah yang goncang,
Semua perkara, Dia yang merancang,
Kita hanya hamba, yang lemah tempang.

"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[al-Insaan, 76:30]

"...dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar."
[al-Anfal, 8:17]

Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit itu kuasa Tuhan,
Tuhan pemilik alam setiap kejadian,
Sepertimana firmanNya di dalam al-Quran:

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab angin itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."

[al-A'raf, 7:57]

Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Semuanya itu ketetapan Allah,
Aku hambaNya yang menurut perintah!

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira." 
[ar-Rum, 30:48]

Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang,
Dengan izin Allah sudah semestinya,
Dialah pentadbir alam seluruhNya. 

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz).” 
[al-An'am, 6:59]

Allah bagi mata, telinga dan hati yang sama kepada semua orang. Tetapi terpulang kepada kita untuk melihat alam ciptaanNya ini menurut kaca mata hawa nafsu dan ego kita, atau melalui kaca mata Islam dan dakwah & tarbiyyah yang sungguh kool dan bergaya.

Pilihan di tangan kita. Aman.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai." 
[al-A'raf, 7:179]

Suka dengar lagu nih ...

teringat wedding kawan best siut


PosTo ... PosTo ... PosTo !!!


Kisah Hidup O_o = SALAH KER =

Adam berusia 7 tahun pada tahun ini ...

keriangan jelas terpancar diwajahnya untuk menyambut hari RAYA  :)

Sambil mengira wang upah puasanya yang berjumlah rm 300 aku cuba merampas rm50 & akhirnya berjaya !!! yes boleh la aku Shooping hee

sebelum keluar DAMMM!!! sebijik penumbuk diberikan aduuuhh skitnya blakang aku :(

"AKAK !!! adik kerja tau nak kumpuL DUIT tuh... SENANG HATI ja ya kak ambil gitu saja !!!" marah Adam

nak marah pun xboleh sebab memang salah aku .... huuu

"alah adik .. adikkn kecil lagi mana boleh pegang duit banyak2" aku cuba memujuknya

"AKAK!!! itu duit upah adik!. adik puasa cukut sebulan tau. memang la adik xboleh pegang duit banyak2 takut orang rompak tp adik kan ada BAnK....."

"xpa la ... bagi akak rm 50 nih .. kan adik ada rm 250 lagi banyak tuh " aku mencelah dari api kemarahan ADAM

Akak XBOLEH!!! tu duit upah adik.

alah adik nih ... dah la puasa tapi mintak upah itu namanya xIKHLAS !!! tuhan xbrapa suka ...

O... >.<  IKHLaS :)  Adam mengangguk mendengar cramah aku tentang Ikhlas.

OKlah dik upah akak ceramah tentang IKHLAS rm 50 yer ... ASSSALAMUALIKUM :)

OPPPss sekejap kak !!!

MAAF !!! duit ini TETAP HAK MILIK ADIK !!! Duit nih adik nak kumpuL sebab nak naik haji tahun hadapan sama dengan IBU AYAH. itupun SALAH KER ???

Salah ker ya??? NAK kena tanya Ustaz Azhar Idrus

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts