Antara petua yang saya dapat:
1) Apabila buka gelanggang pada malam jumaat, bacaan digandakan sebanyak 3 kali.
2) Membuka Gelanggang berseorangan apabila lewat masuk ke latihan perlu dilakukan di bahagian paling belakang gelanggang supaya tidak mengganggu tumpuan pesilat lain. Dan menghadap kiblat seelok-eloknya.
3) Apabila penat berlatih hendak rehat/ambil angin kejap, tutup gelanggang secara berseorangan dahulu. Baru boleh duduk melepak.
4) Berwudhu'/ambil air sembahyang sebelum membuka gelanggang.
5) Apabila keadaaan tidak mengizinkan untuk buka gelanggang seperti berada di majlis rasmi dalam dewan untuk upacara demo/pentas senjata, boleh baca didalam hati secara berdiri dan kemudian berdoa dan menyapu keliling badan seperti biasa.
al-ikhlas 3x...
salawat keatas Nabi 3x...
doa...
"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"
"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."
"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."
"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."
*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"
"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
*** PENONTON TERCENGANG! ***
"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"
"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."
"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami? 'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?
Dah bagi kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"
*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )
*** TUKAR CHANNEL BALIK ***
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."
*** BLACKOUT, TUTUP TV ***
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...
Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...
Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu
Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....
Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....
pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
dedaun berguguran tandus tiada harapan
umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
tertanam kebencian, kesunyian...
kasih yang sejati anugerah ilahi
hadirnya dijiwa bukannya dipaksa
cinta yang terjalin dalam diri manusia
kesunyiannya bagai sutera putih
tautan cinta yang bersemi
disulami kasih ilahi
melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
temuilah seri dihati
itulah cinta hakiki
andai kau selami rahsia keimanan...
telah bermula episod cinta yg suci
dua insan berkasih pun berikat janji
telah tersarung sebentuk cincin dijari..
kedua org tua pun merestui
terikat janji bakal membina mahligai impian
ini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
demi kesucian cinta restu yg esa
demi cinta suci yang tiada ternoda
Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya
1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii
dan Ibn Majah.
Selamat malam cinta..
ini malam aku terjaga
Ada gelisah merasuk di jiwa dan aku tak tahu itu apa
Kenangan tentang kita Tiba-tiba terbayang di pelupuk mata Betapa indah jumpa pertama Saat ingin ku ucap cinta Jujur… saat itu belum ada makna Tapi melihat wajahmu merona Ada seberkas cahaya membisikkan asa Dan di dada…
Ada gemuruh yang tak biasa… Selamat malam cinta…ini malam aku terjaga Ada gelisah merasuk di jiwa dan kini kutahu itu rindu.. Tiba-tiba kudengar suara Sayup-sayup…..ya ..ya .. engkau menyebut namaku… Masa sich… disaat aku yakin kamu terlelap Suaramu terdengar menyebut namaku….. ? Atau rindumu padaku telah merasuk ke dalam tidurmu..? Harus kuakui… Kini hadirmu telah menjadi hidupku Kini hadirmu telah menjadi nafasku Kini hadirmu …….. telah menjadi bayang-bayang indah disetiap sudut jiwaku Waooo…. Suaramu kian jelas di telingaku Menyebut mesra namaku Ataukah sekarang engkau juga terjaga seperti aku…. ? Anginpun begitu pandai memainkan perannya
Menangkap rindumu dan merebahkannya di pangkuanku Seandainya malam ini engakau hadir di sisiku Ingin kutunjukkan padamu… Batapa cintaku. bukan hanya sekedar kata-kata Harapku sayang… “ Semoga engkaulah kelak yang menjadi halal bagiku…” Add a caption ~ SELAMAT MALAM CINTA~ Selamat malam cinta..ini malam aku terjaga Ada gelisah merasuk di jiwa dan aku tak tahu itu apa Kenangan tentang kita Tiba-tiba terbayang di pelupuk mata Betapa indah jumpa pertama Saat ingin ku ucap cinta Jujur… saat itu belum ada makna Tapi melihat wajahmu merona Ada seberkas cahaya membisikkan asa Dan di dada…
Ada gemuruh yang tak biasa… Selamat malam cinta…ini malam aku terjaga Ada gelisah merasuk di jiwa dan kini kutahu itu rindu.. Tiba-tiba kudengar suara Sayup-sayup…..ya ..ya .. engkau menyebut namaku… Masa sich… disaat aku yakin kamu terlelap Suaramu terdengar menyebut namaku….. ?
Atau rindumu padaku telah merasuk ke dalam tidurmu..? Harus kuakui… Kini hadirmu telah menjadi hidupku Kini hadirmu telah menjadi nafasku Kini hadirmu …….. telah menjadi bayang-bayang indah disetiap sudut jiwaku Waooo….
Suaramu kian jelas di telingaku Menyebut mesra namaku Ataukah sekarang engkau juga terjaga seperti aku…. ? Anginpun begitu pandai memainkan perannya Menangkap rindumu dan merebahkannya di pangkuanku Seandainya malam ini engakau hadir di sisiku Ingin kutunjukkan padamu… Batapa cintaku. bukan hanya sekedar kata-kata Harapku sayang… “ Semoga engkaulah kelak yang menjadi halal bagiku…”
"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
"Apabila
hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku
(Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon
kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka
beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga, menara2 cahaya menjulang untuk hati yg saling mencinta. Mari membangunnya dari sini Dalam Dekapan Ukhuwah. Jadilah ia persaudaraan kita; sebening prasangka, sepeka nurani, sehangat semangat, senikmat berbagi dan sekokoh janji
Begitu kelam malam yang suram, hatiku luluh dalam titisan air mata,
Melihat dirimu berjasad kaku, kelopak mataku mula menangis,
Saat terbayang ukiran senyumanmu, dihiasi tirai pelukan cintamu.
Wahai mutiara insan,
Engkau membesar umat dunia, tanpamu manusia binasa sengketa,
Semuanya lapar, dahaga, letih merana.
Dulu...
Saatku mula menangis engkau mengusap kepalaku,
Saatku ingin dilayar mimpi kau biarkan kuterlena disisimu,
Sanggup dirimu berjaga malam menemani diriku ditangisan malam,
Tepukan lembutmu menyambung semula mimpi indahku,
Saatku mula mengerti dunia,
Engkau mengajarku satu persatu, abjad terawal hingga terakhir,
Nombor satu hingga sepuluh, dari ‘alif’ hingga ke ‘ya’,
Dari perkataan ke perkataan, bermula aturan susunan ayat,
Hingga menjadi karangan sempurna, senyuman gembira terukir dibibirmu.
Ketika mana mula menjejak langkah, menhadirkan diri ke alam persekolahan,
Engkau mengejutku agar bersolat, engkau siapkan pakaian untukku,
Sarapan terhidang hasil keringatmu, kulahap semuanya bersama kesyukuran,
Kau iringiku melangkah ke sekolah, memegang tanganku selembut kasih sayang,
Tidak kira panas atau sejuk, terik atau hujan, kau pegang tanganku dari rumah ke meja kelas,
Engkau pergi bersama doa, tinggalkan aku untuk belajar,
Datang semula menjemputku pulang, walaupun letih menyaluti tubuhmu.
Aku temuduga ke alam remaja, sedikit demi sedikit memahami dunia,
Engkau menyokong dari belakang, aku terus maju kehadapan,
Engkau membimbing setia disisiku, aku menyahut setulus ikhlasku,
Tapi kerana sikap berubah, setitik demi setitik hatiku bertompok hitam,
Aku mula berubah, engkau bimbang akan diriku, aku langsung tidak mempedulikanmu.
Aku mula terikut rakan, aku mula tinggalkan rumah, aku mula kehilangan adab,
Terjebak dalam kehinaan, dibelenggu hasutan syaitan,
Padahal ketika itu,
Engkau menangis siang dan malam, merapatkan kedua tanganmu,
Lantas mengucap kalimah ampun, dalam doamu kau ampuni aku,
Aku langsung tidak tahu.
Sedang aku bergembira, memikirkan keindahan perhiasan dunia,
Terbaca risalah rintihan seorang ibu, aku menghayati satu persatu,
Makin dibaca makin sayu, makin dihayati makin pilu,
Terasa sesuatu dibenak kalbuku, terbayang daku raut wajahmu,
Wajah suci berkulit bersih, berpakaian telekung serba putih,
Dalam mimpiku engkau hadir, melafazkan ucapan di lorong hatiku.
“Anakku.. ibu merinduimu...ibu amat mengasihimu..
Pulanglah kepangkuanku, rasailah sesuap air tangan ibu,
selesalah tidurmu dalam usapanku, bangunlah bersama suara ibu,
Anakku.. ibu sudah tua,
Dari kecil ibu membelaimu,
Ibu rindu ucapan sayangmu, ibu rindu ukiran senyumanmu,
Ibu rindu kelembutan tanganmu, ibu rindu suara manjamu,
Kembalilah.. kembalilah kepada ibu..”
Satu malam ibu dikunjungi jiran,
Menolong menyediakan ketupat raya, dihidangi juga rendang yang kusuka,
Engkau jahitkan baju untukku, mengharap kupulang memakai pakaian baru,
Walaupun bertahun-tahun kau ulangi perkara sama, mengharap aku pulang bersama,
Walaupun bertimbun baju baru, baju yang masih berbau wangi,
Engkau tetap menjahit baju baru, semata-mata menunggu kupulang,
Jiran menyifatkan anakmu ini jahil, engkau membelaku seperti ku disisi,
Jiran memaki anakmu ini, engkau menafikan semua itu,
Semuanya kerana aku anakmu, yang tidak pernah pulang menjenguk ibu,
Tapi kau pertahankan aku, seperti aku sedang memeluk anggotamu.
Aku tersedar dari bayangan, ingati semula kayangan indah,
Sinaran wajahmu terangi malam, harum mewangi kelilingi mahligai,
Bulan purnama kembali suram, menambah luka terulit duka,
Aku ingati kesalahanku, aku sesal perbuatanku, menjauhi ibu mendekati nafsu,
Sudah lama tidak mendengar suara ibu, suara yang mengejutkan aku,
Suara yang memujukku, suara yang pernah bersyair sebelum tidurku,
Sudah lama aku tidak melihat ibu, dari remaja hingga bekerja,
Apakah ibu sihat, atau ibu sebaliknya.
Perasaan hiba menemani aku, dalam perjalanan pulang menuju ibu,
Tidak terasa perlahan atau laju, juga pandu ataupun tidak,
Segalanya kerana ku merindui ibu,
Aku mula mencari halaman di situlah kenangan bersama ibu,
Terpandang kiri dan kanan, aku dikelilingi ingatan lalu,
Sawah itu kuditemani ibu, pohon itu kuditemani ibu,
Sungai itu kuditemani ibu, tiada tempat lain yang tiada ibu,
Ibu benar-benar menyayangi diriku.
Oh, ibu!!!!
Aku sudah sampai ke mahligaimu, mahligai yang pernah kubersemayam di dalamnya,
Mahligai yang meninggalkan seribu kenangan silam, kenangan manja, kenangan pahit,
Kenangan manis, kenangan yang terindah dalam kehidupan,
Tapi mengapa? Mengapa ramai yang mengunjungi ibu? Adakah ada kenduri di sini?
Ataupun ibu ingin menyambut kepulanganku mungkin ibu gembira aku sudah pulang,
Aku dekati muka pintu, tapi aku berasa hairan, mengapa terlalu ramai?
Mengapa ada bulatan manusia? Mengapa ada bacaan Yaasin? Apakah semua ini?
Apa yang sedang berlaku? Dimanakah ibu?
Kakiku melonjak tiga langkah, mataku tertumpu satu jasad, hidungku terbau kasturi mewangi,
Telingaku terdengar ayat-ayat Yaasin,lisanku terdiam wajahku pucat,
Apa benarkah yang aku lihat? Harapku bukan pada saat ini,
Harapku bukan sekarang, mengapa saat kupulang ini yang terjadi?
Satu jasad tidak bernyawa, dibaluti kafan putih, dikelilingi insan tidak dikenali,
Apakah ibu sudah mati? Apakah ibu tinggalkan aku kini?
Apakah ibu tidak berjumpa lagi? Insan mulia penuh budi.
Ibu mengapa kau tinggalkan aku? Apakah engkau sudah tidak sudi melihat diriku?
Apakah engkau sudah tidak sudi mendengar suaraku?
Apakah engkau sudah tidak sudi membelai tanganku?
Apakah engkau sudak tidak sudi mengucapkan sayang padaku?
Ibu, jawablah soalanku.
Ibu..
Kini aku sedar akan kasihmu padaku,
Perit hatimu menunggu kupulang, hampir lapan belas tahun ku tinggalkan dirimu,
Tapi aku tidak berdaya, menahan peritnya hatiku menunggu kepulanganmu,
Padahal baru satu purnama kau meninggalkan aku, membiarkan diriku belayar sendirian.
Ibu..
Aku rindu suapan air tanganmu, aku rindu usapan dikepalaku,
Aku rindu suara lunakmu di awal pagi, aku rindu lirikkan senyumanmu,
Ibu..
Ketika kecil aku sering menyusahkanmu,
Aku minta mainan, kau carikan untukku,
Aku minta pakaian, kau carikan untukku,
Aku minta makanan, kau carikan untukku,
Aku minta kasihan, kau berikan padaku,
Aku mintakasih sayang, kau berikan padaku,
Berjuta perkara aku minta padamu,
Tetapi aku lupa bahawa engkau juga meminta kepadaku,
Bukan sepuluh, bukan seribu,
Tapi Cuma satu.. iaitu kejayaan.
Ibu..
Dulu kau melahirkan aku, kau menyusui aku, kau membelaiku,
Kau mengusap dahiku, kau mendidik aku, segalanya terbayang di langit biru,
Kotak cintaku terbang, terbang kesyurga mencari ibu,
Cintaku menyentuh tanganmu ibu, tangan itulah yang membelai diriku,
Cintaku menyentuh lembut bibirmu, bibir itulah yang mencium pipiku,
Cintaku menyentuh kelopak matamu, mata itulah yang menusuk kalbuku,
Cintaku menyentuh sekeping hatimu, hati itulah penawar kehidupanku.
Ibu..
Inilah warkah terakhir buatmu,
Inilah risalah terakhir buatmu,
Inilah surat cinta terakhir untukmu,
Akan kusemadikan warkah ini dalam diari silamku.
Ibu.. maafkan aku..
Suatu hari aku terjumpa senior aku kat ....
Yang aku hairan dia membuat perkara yg aku x suka ...
Mana x yer orang kuat berdakwah di sekolah lama aku berbuat maksiat!!!
apa lagi aku pun terjah la tnya elok-elok.
Kak kenapa kak jd mcm ni?
Mana perginya islamic atitude kak yg amat sya kagumi suatu ketika dahulu?
Saya kesal akak .. macam mana Islam nak maju ???? (begitu banyak persoalan aku tuju dan akhirnya dia menjawab secara ringkas)
No WORDS IKHTILAT AT CAMPUS
????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Aku terpaku ..
akak bukankah telah ditetapkan kepada kita untuk menjaga pergaulan kita ??? terutamanya yang berlain jantina...
Masih teriang-riang lagi kata-kata akak waktu dahulu ..
Bring you self trough the true islamic wayand find more knowledge !!!!!!
tapi sekarang apa yang berlaku ???? saya kecewa teramat sangat akak....
sebagai bekas anak buah akak suatu ketika dahulu berdoa agar akak diberi hidyah untuk kembali kejalan dakwah yang sebenarnya ..
Akak.... kita semakin pupus kak....
Sedarlah wahai akakku serta pendakwah sekalian !!! kitalah pengerak kembali siar ISLAM DI MUKA BUMI INI ...
Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari | iLuvislam + discover the beauty of islam
Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Lawa x snap diatas .....
bukan monyet sebenarnya ingin ku katakan sedang hangat bercinta tapi tentang CINTA MONYET .. (saja jer tajuk sebegitu rupa digunakan untuk attract reader. hehe bru lepas belajar WRITING FOR MULTIMEDIA)
apa sebenarnya cinta monyet? klu dri pemahaman aku adalh percintaan sewaktu zaman sekolah alah macam zety ngn zack zaidi dalam filem sembilu tu ...he hehe
Firman Allah S.W.T:
Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.
'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'?
Mengapa tidak dikatakan,
'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA'
atau
'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?
Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina.
Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya.

Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian,
Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :
1. (Melihat) نظرة
-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya
2. (Senyum)فسامهم
-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing
3.(Memberi Salam) فسلام
- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan
4.(Bercakap Kosong) فكلام
-Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta
5. (Berjanji)فموعدون
- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati
6. (Berjumpa) فلقاءون
-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.
Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa malah merosakkan generasi ummah! Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga? Mereka juga yang telah bersusah payah melahirkan serta membesarkan kamu dengan menggunakan segala kudrat yang ada. Mereka yang telah banyak berjasa dalam kehidupanmu
Wahai rakan-rakanku sekalian,
Waktu ini bukanlah masanya lagi untuk kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.
Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-Nya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa, bukan? Apakah yang tidak ada di syurga?
Fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.
Marilah sama-sama kita menyeru diri kita serta kawan-kawan kita sekalian untuk kembali kepada ajaran agama kita sebagai pedoman mereka dalam kehidupan agar negara kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
# 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
# 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
# 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
# 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
# 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
# 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
# 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
# 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
# 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
# 10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
# 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
~Selamat dunia akhirat
Siapa pun
orangnya pasti menginginkan kehidupannya di dunia maupun di akhirat
penuh kebahagiaan dan keselamatan. Tidak ada seorang pun yang
menginginkan sebaliknya. Tetapi kebahagiaan dan keselamatan itu tidak
akan bisa dicapai kecuali dengan perjuangan yang tidak ringan, salah
satunya adalah dengan melalui berbagai ujian dari Allah Subhanahu
Wata’ala.
Musibah yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala
di dunia ini adakalanya ditimpakan kepada orang-orang sholeh, sebagai
ujian agar derajat mereka semakin tinggi dan mulia di hadapan-Nya. Ada
pula musibah itu dijatuhkan kepada orang-orang yang telah banyak berbuat
dosa, sebagai peringatan agar mereka segera tersadar dan kembali ke
jalan yang diridlai-Nya.
Namun, ada juga orang-orang yang telah
banyak bikin kemaksiatan dan kedurhakaan kepada Allah, tapi mereka sama
sekali tidak ditimpa musibah. Mereka inilah orang-orang yang memperoleh
istijroj dari Allah. Allah ta’ala berfirman:
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لاَ يَعْلَمُونَ
“Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik
mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang
tidak mereka ketahui.” (QS. Al A’raf: 182).
Jika terdapat orang
berbuat kedhaliman, tapi secara lahiriyah ternyata dia masih tetap
merasakan hidup tenang dan tenteram, itu bukan berarti kedhaliman orang
ini telah diampuni Allah. Rasulullah menjelaskan status orang tipe ini:
عَنْ
أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَيُمْلِي لِلظَّالِمِ حَتَّى
إِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ رواه البخاري
“Sesungguhnya Allah
subhanahu Wata’ala akan menangguhkan (hukuman) untuk orang yang berbuat
aniaya (kedhaliman). Sampai ketika Allah menghukumnya, maka Dia tidak
akan melepaskannya.” (HR. Imam Bukhari).
Untuk mencapai
keselamatan di dunia dan akhirat, Syekh Imam Abu Hasan Asy Syadzili
(dalam kitab Al Mafakhir) mengajarkan kepada kita agar melanggengkan
bacaan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ وَأَسْتَـغْفِرُ اللهَ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ
“Segala
puji bagi Allah. Kami memohon ampunan Allah. Tiada daya untuk
meninggalkan kemaksiatan dan tiada kekuatan untuk menjalankan ibadah
kecuali atas pertolongan Allah.”
Bacaan dzikir di atas akan
mendorong pembacanya untuk senantiasa mengakui dan bersyukur terhadap
berbagai macam kenikmatan yang telah dianugerahkan Allah, terutama
nikmat Islam dan Iman. Sebagai seorang mukmin kita sama sekali tidak
boleh mempunyai perasaan aman dari tergelincirnya keimanan (su’ul
khatimah). Kita harus senantiasa waspada dan hati-hati. Berusahalah
mengambil pelajaran apa yang telah menimpa Bal’am. Seorang yang pada
awalnya pernah mencapai maqom waliyullah, tapi kemudian keimanannya
tergelincir di akhir hayatnya (su’ul khatimah). Mensyukuri atas
kenikmatan yang diberikan Allah berupa keimanan secara tidak langsung
berarti berupaya mempertahankan keimanan itu agar tidak lepas dari jiwa
kita.
الشُكْرُ قَيْدٌ لِلْمَوْجُوْدِ وَصَيْدٌ لِلْمَفْقُوْدِ
“Syukur itu mengikat sesuatu yang diperoleh dan memburu sesuatu yang hilang.”
Dzikir
di atas juga mendorong pembacanya untuk selalu menyesali diri dari
segala perbuatan dosa. Sebagai seorang manusia kita tentu akan selalu
tergoda melakukan perbuatan dosa. Oleh karena itu, dosa-dosa itu
hendaknya dihapus dengan meminta ampunan kepada Allah Subhanahu
Wata’ala. Jika seseorang meminta ampunan kepada Allah, maka Dia tidak
akan meng-adzabnya. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. Anfal: 33).
Jadi
dengan demikian, membaca dzikir di atas berarti sama dengan berupaya
mencari keselamatan di akhirat (dengan membaca Alhamdulillah), dan
keselamatan di dunia (dengan membaca Astaghfirullah). Dan keselamatan di
dunia dan akhirat itu tidak akan tercapai tanpa pertolongan dari Allah
(dengan membaca La haula wala quwwata illa billah).
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
Bendera Maahadi

MAKSUD BENDERA 3 JALUR Mewakili ILMU, IMAN dan AMAL yang sentiasa dititikberatkan di kalangan warga Maktab mahmud.
KHANDIL Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat dalam kehidupan.
HIJAU Adalah lambang keislaman yang berunsurkan ketenangan dan keharmonian
KUNING Maktab Mahmud dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah
PUTIH Kejujuran, keihklasan dan kemurnian jiwa dalam mencari ilmu kerana Allah Taala.
Lambang MMAS
1.Perisai
Melambangkan ketahanan dan kekuatan mental serta fizikal warga Maktab Mahmud serta mempunyai semangat yang kental untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2.Lampu
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat kepada kehidupan.
3. Buku
Melambangkan sumber pengetahuan
1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
"Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Nafsu itu tampak indah, sedangkan neraka itu tidak terperi azabnya."
# Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh
Hidup tak selalunya indah tpi yg indah itu ttap hidup dlm kenangan.Setiap yg kita lakukan biarlah jujur krna kejujuran itu telalu penting dlm kehidupan. Tanpanya hidup sentiasa mjadi mainan org.Sucikanlah 4 hal dgn 4 perkara : "Wajahmu dgn linangan air mata keinsafan, Lidahmubasah dengan berzikir kpd Penciptamu, Hatimu takut dan gmentar kpd khebatanRabbmu, ..dn dosa-dosa yg silam di sulami dgn taubat kpd Dzat yg Memiliki mu
# kata saidina umar r.a:"di dunia ini nk buat ape pn buat la..tp ingt,nnt di akhirat Allah pasti akn tnya ttg ap yg kte kerjakan.."
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu











