Rabu, Ogos 04, 2010 | Filed in:
Labels:
Dari Forum Ikutan
Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada
tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas
menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan
sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah
indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang
melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali
sebelum mendekatinya.
Gadisku…
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri
seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama
sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata
yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan
diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi
daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada
Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap
insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang
bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang
engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang
ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah
pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling
penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.
Gadisku…
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas
wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”.
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan
kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi
dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat
martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan
para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku…
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan
menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara
kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja
cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup
menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah
sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta
itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak
dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan
kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah
dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu
simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.
Gadisku…
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana
hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya
akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada
Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah
diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah
muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam
hati orang yang melakukan maksiat.
Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”
This entry was posted on 8/04/2010 10:12:00 PG
and is filed under
Dari Forum Ikutan
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan