ASSALAMUALAIKUM ...

mesti sebagai umat islam kita selalu dengar ungkapan ini kan ...


ok lah kali ini cerita seorang budak yg baru shaja kehilangan bapanya


short story she now seorang anak yatim piatu.


sewaktu 2 bulan ketiadaan ayah nya itu selalu aja dia pengsan dan mengucapkan ungkapan Assalamualaikum & Waalaikumussalam ..


Orang sekelilingnya menjadi hairan
sehinggalah suatu hari rahsia terbongkar 


rupa-rupanya sewaktu dia pengsan dia seperti mengalami segala memori bersama ayahnya terutama sekali at time ayah dia mengungkapkan kalimah Assalamualaikum kpdnya. & dia pun menjawapnya dengan ungkapan Waalikumussalam.


Moral disini ... selagi orang yang kita sayangi berada disamping kita hargailah & buatlah sesuatu agar kita boleh mengamit meori ketika bersamanya seaindainya mereka sudah tiada lagi di dunia ini .... AL-Fatihan kepada yg umat Islam yg telah meninggalkan dunia ini ...

T!Ps StUDY


1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..

Aku ...

~✿..Aku TIDAK PANDAI menulis dengan jari, maka aku menulis dengan HATI..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan bahasa, tapi MENULIS untuk melakar IMAN di dalam jiwa..✿~

>>> Biarlah sekalipun kita TIDAK HEBAT menulis..yang penting setiap ILMU yang ingin disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU..jangan menulis mengikut mahu..apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun cukup banyak memberi ERTI kepada yang
memerlukan..(✿◠‿ ◠

Kisah Hidup O_o = JANGAN ! JANGAN !! JANGAN !!! =



JanGan !!! tak perlu lagi untukku katakan apa maksudnya J. A. N. G. A. N. itu ... klu benar-benar tak tahu klik sini >>> JANGAN !!!


Dah FAHAM maksud jangan??? ermm ... cerita kali nih berkisar seorang makwer yang nak break off  her relationship with her pakwer .... so seperti biasalah kena jadi FREE motivater la ....


ok lepas nih aku nak tulis untuk nak dapat khidmat motivater kena bayar ... please la .. ptptn aku pun 200 jer apalah sumbang sedikit sepuluh ke duapuluh ker ... ok jgak kn =) melawak jer tp klu da yg nk memberi tangan ini sedia menerima ^_~


Ok aku street to the point. Si makwer ni secara terus terangnya kurang ilmu tentang hukum hakam agama BUT !!! she a google girl. i mean seorang yang suka mencari benda yang baru ...


One Day dia terjumpa sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi "JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA" ... habis 50 muka surat dia search babab nih ... Alhamdulilah ... ALLAH telah memberikan hidayah kepadanya dan membuat satu keputusan yang jarang-JARANG ORANG COUPLE akan buat macam dia nak wat nih. APA DIA? NAK TAHU? iaitu "MENJAUHI DIRI DARI PERBUATAN ZINA MELALUI KONCEPT COUPLE" dan MENDEKATI DIRI DENGAN KONCEPT COUPLE AFTER NIKAH. =)


Tapi sayang ... si PAKWER x memahami niat si MAKWER iaitu mahu meneruskan perhubungan tapi dengan secara halal iaitu berkahwin. Oleh kerana itu ... pelbagai cara telah dilakukan oleh si pakwer bagi menjatuhkan maruah si makwer itu tadi. Seperti memberitahu parent si makwer yang dia dah hilang dara. meletakkan dadah di dalam beg sekolah si Mak Wer dam macam-macam la..  Hati mana x terasa pedih kn  pabila niat yng baik ditolak begitu saja & dibalas dengan benda yang buruk tambahan lagi diperlaku oleh seseorang yang kita sayang? 

_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+


Faham x cerita diatas??? ini kisah benar tau ... dah TERANG lagi BERSULU dah ditulis kisah HIDUP ... ^_^


Apa yang anda dapat dari kisah nih??? 
- Feel sedih?
- Nak marah ?
- SERIK???
- @ x rasa apa-apa pun aku ok jer bercouple ... erm mungkn takdir akan menentukan segalanya (pesanan aku kepada para-para couple sekalian)


OK aku pendekkan cerita kan lah ...


1) kenapa kita masih lagi x berpegang al-Quran & as-sunnah? bukankah Rasullulah pernah bersabda bahawasanya tidak akan sesat umatku seandainya berpegang pada 2 benda iaitu Al-Quran & As-sunah . So WHAT??? PILIHAn ada kat tangan korang.


2) pernah anda terfikir kenapa ISLAM x menggalakan umatnya mendekati zina apatah lagi melakukannya...??? ok maih aku g2 
- menjaga keamanan - 
lihat dari kisah atas korang rasa si makwer tuh rasa aman x hidupnya? korang jawab sendiri aku malas. 
- jaga keturunan  - 
Andai kata dia disabitkan keslahan atas memiliki dadah... x mungkin selepas dibebaskan dari hukuman masyarakat akan mencemuhnya sebagai pengagih dadah.
- menjaga nyawa -
Andai si makwer disabibtkan salah dan dikenakan hukuman gantung macam mana??? FIKIR sendiri !!!
- menjaga akal fikiran -
Terus terang sewaktu aku berbicara dengan si mak wer nih otaknya agak serabut hinggakan namaku sendiri perlu diulang 10X
- menjaga harta benda -
Bagaimana? Anda tengoklah filem & Drama melayu belungguk contohnya ... dah ngantuk nih ...




P/S aku:


kpd diri sendiri JOM terokai ALQURAN  itu isinya &  sentiasa mengamalkan berzikir INSYALLAh =) moga bersama mencapai satu cita iaitu Syurga FIRDAUSI @_@


jmpa lagi ...

Erti Gerak Geri Dalam Solat ...

Erti Gerak Geri Dalam Solat :
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

Aduhai .... wahai PUTER ! ....

Imbas kembali ketika masih anak ingusan     
riang berlarian di laman
menyanyikan lagu tiga kupang bersama teman
seumur Aisyah menghafaz hadith Rasulullah
seorang anak muslimah
apakah lagu yg jadi hafalan?

Di zaman persekolahan akal mudanya di sogokkan khayalan
'Merpati Putih Terbang Lagi'
dan semangat seorang guru History
dengan kebanggaan kegemilangan
peradaban barat silam
seorang remaja muslimah
apakah kitab yg membajai azam?

Tika pergaulan tambah meluas
seorang teman memberikan pendapat
"Gincu dan celak tanda kedewasaan"
Seorang puteri muslimah
apakah bukti kematangan?

Kala gelisah berjemur di tengah panas
dalam barisan panjang bakal siswazah
Terdengar sindiran pemuda melayu yg Islam
"Cubalah invent kipas angin yg boleh dipasang
di leher yg tersembunyi di bawah tudung panjang.
" Seorang muslimah yg tidak keliru bagaimanakah jawabanya ?

Terbukti Khadijah menyerahkan segala buat suami tercinta
Pun begitu seorang isteri cemas di hati akan nasibnya di hari muka
Seorang muslimah solehah siapakah tempat pergantungan ?

Teman-teman ghairah mengelilingi dunia mencapai impian
menyaksikan tujuh keajaiban alam
seorang hamba yg hina sedar Thousand Wonders of God pada dirinya
seorang muslimah beriman apakah lagi yg jadi impian ?

Waktu bertugas di sebuah sekolah di bandaraya terbesar
seorang guru mengeluh melihat kerenah pelajar
"Bagaimana akan ku ajar dumb, dumb pupils yg semakin biadab..."
seorang muslimah bergelar ustazah apakah tindakan yg wajar ?

Zaman silih berganti tiba kini giliran mendidik anak sendiri
Kala suara azan di seru anak bujangnya
masih menggeliat di kusyen empuk
Tangan memegang 'gameboy' kekadang
'remote'


Bagaimana diharap bakal menyambut
seruan mujahid di medan jihad mengangkat senjata membela ummat
seorang ibu leternya tiada perhentian
seorang muslimah berhikmah apakah penyelesaian ?

Direnung alam sungguh harmoni ciptaan Tuhan
Diperhatikan makhluk bertindak zalim sesama insan
melepasi batas kebinatangan
(kerana binatang membunuh hanya untuk mencari makan)
seorang perempuan hati menangis pedih di dalam
seorang muslimah sejati bagaimanakah perasaan?

Buat saudara seagama dipohon do'a serta harapan yg menjulang tinggi moga
nasib ummah akan terbela sedikit masa lagi
Buat ayahanda bonda yg telah pergi kasihnya abadi
Buat suami dan anak-anak tercinta sayangnya tidak berbelah bagi
namun ruang di hati belum terpenuhi
kerana rindu masih tidak terubati.....
Seorang muslimah mukminah
Di dalam sujud harapkan ketemu jawaban,
Hari ini, esok dan seterusnya untuk
siapa...???


"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu dgn percuma dan kamu tidak akan kembali kpd Kami ?"

(Al Mu'minun:115)

Renungilah.....

Bisikan D O A

Ya Allah… kurniakanlah untukku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU.

  Ya Allah… segala pemberianMU yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMU. Segala yang Engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMU dalam diriku.

   Ya Allah… berikanlah kekuatan untukku mengutamakan cintaMU berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.

   Ya Allah… berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU, para malaikat, Nabi-nabiMU dan hamba-hambaMU  yang soleh.

   Ya Allah… hidupkanlah hatiku dengan cintaMU dan jadikanlah aku hambaMU yang Engkau cintai.

 Ya Allah… berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU sepenuh hatiku dan redha kepadaMU dalam setiap usahaku…

  Amiin…..

Mutiara kata 28/09/11

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)

Mutiara kata 26/09/11

"Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah."
FROM : asharinaa

Bukan Salah Cinta ( Short Demo ) = Feelhoney =

aduh !!!

amat sesuai lagu ini untukku ... =(
"mode sedih"



LiRiK :

maafkan silapku kawan andai kau terbeban
berat perasaan yang memburumu hadir tanpa undangan,
Aku juga insan biasa,
yang pasti ada rsa cinta
kau boleh palingkanku tapi demi cinta..

aku harus lepaskanmu itu demi cinta
aku terima keputusan itu buat penghormatan
kusedar jua kekurangan
harga diriku pertahankan
demi Tuhan kelak nanti ku ‘kan berubah
kerna Tuhan….

c/o

Kubebaskan perasaan cinta seluruh manusia
rasa simpati di hati tidak ingin menyakiti
andaikau rasa terluka itu bukan salah cinta
itu tanda dari Tuhan hidup bukan untuk membenci…
ikhlas hati Tuhan membalasi…

Kisah Hidup O_o = Team Work =

Mulai aku masuk U / kolej baru ku ngerti bahawasanya penting apa yang dikatakn TEAM WORK !!!

lihat sahaja  setiap assigment mesti sahaja mahu di laksanakan dalamkumpulan ...

pada mulanya aku adalah mengeluh "ADUHAI ngapa sih dalam kumpulan lagi !!! "

Namun dari SITU AKU mulai pelajari makna kehidupan ...

dari KUMPULAN lah boleh kita lihat siapa kawan jua LAWAn ... KeKasih @pun Musuh ... Teman biasa / Lebih dari biasa ... yg rajin yang PANDAI yg malas yg LEMBAB [mcm aku] yg berfesyen yang islamic yang yang yang macam-macamlah ....

Ada JUGA yg boleh jadi PENDAKWAH BEBAS =_= he he he [aku x golong tak tau ... ]

apa-apapun aku sudah mula sukai apa yg dikatakn TEAM WORK ini ...

KooRANG mcam mna??? ini cerita aku cerita kamu pula ?? jom kongsi

BeRiTa TERG E M P A R !!!

Peringatan semula! tolong la baca!! 
Semalam, siaran RTM di Negeri Pahang tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, 
 mungkin ini tanda2nya 
> kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. 
KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.> BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. 
POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah..nauzubillah) .
> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.
> tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!jngan smbong n bongkak........

Mutiara kata 21/09/11

Hakikat dakwah itu bukanlah sekadar pada ucapan dan penulisan, namun ia juga merangkumi perbuatan dimana seandainya perbuatan yg dilakukan oleh kita itu adalah perkara yg baik dan ia menjadi teladan pd seseorg untuk mengikutnya, itu juga dinilai sebagai dakwah
Hakikatnya setiap insan itu ada nilai2 pendakwah didlm dirinya, cuma ia perlu dipraktikkan mengikut segala yg syari'at tetapkan. Jangan sempitkan minda bahawa ustaz dan ilmuwan sahaja yg berhak menjadi pendakwah, walhal sebenarnya kita juga adalah pendakwah, samada terhadap diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.Wallahu'alam.

Mutiara kata 15/09/11

Tasbih melembutkan hati.
Tahmid mempersonakan jiwa.
Istighfar mengharum kehormatan.
Yang keras hatinya semoga bertasbih,
Yang keruh jiwanya dengan ego semoga bertahmid,
Dan yang tak terkendali, semoga beristighfar

Mutiara kata 14/09/11

Tuliskan RANCANGANMU dgn PENSIL..
Kemudian serahkan PEMADAMNYA kpd ALLAH..
Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu,
Dan MENGGANTIKANNYA dgn rancangan yg lebih BAIK..
Kerana DIA lebih mengetahui apa yg terbaik unk hambaNya..
InsyaAllah, amin ya Allah.
from Islam- The way of Life

Kisah Hidup O_o = mahu tempah neraka ka =

API ....

arrghhh ... TOLONG Ya ALLAH ...

aduh sakitnya... KRIGGGGG  (bunyi alarm)

aduh .. liat ya .. xper baru pukul 6.00 tdur balik lah .. ZZZzzzzz

pukul 6.30
"BANGUN !!! dah subuh GAJAH nih"

pukul 7.00pg ""BANGUN!!! SOLAT SUBUH !!! AWAT X MAU BANGUN NAK TEMPAH NERAKA KA HA???

wah tajam juga Ya ayat aku tuh ... dengan sepantas kilat yang lepat liat menjadi LEGAT menjalankan solat SUBUH ....

Alhamdulilah




Mutiara kata 07/09/11

"Jangan bimbang andai kita tidak rupawan,
tetapi bimbanglah jika kita berakhlak murahan.

Jangan resah andai kita belum berpasangan,
tetapi resahlah andai masih belum mendapat cinta dari tuhan.

Apalah maknanya punya dunia dan kemewahan,
Andai jiwa miskin tanpa keimanan."

Mutiara kata 06/09/11

Taubat ialah meningggalkan perbuatan dosa kerana mengetahui kehinaannya, menyesal kerana pernah melakukannya dan berkeinginan keras untuk tidak mengulanginya andai pun mampu.
Di samping itu, mengiringinya dengan amalan yang dahulunya diabaikan dan melaksanakan seluruh kewajipan yang pernah ditinggalkan ikhlas kerana Allah swt, mengharapkan redha-Nya dan takut pada seksaan-Nya. 
Semua ini boleh dilakukan dengan syarat sebelum nyawa di tenggorokan dan matahari terbit dari barat...
via Sham Kamikaze

berapa kali mahu bilang ??? COUPLE ITU HARAM !!!




YA, MENGAPA BERCOUPLE HARAM? 
Bagi yang bercouple, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan 'kesucian' cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau bercouple? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin ayat 36:


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat ayat 13:


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: 

"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
-Surah An-Nur ayat 30-

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...

-Surah An-Nur ayat 31-

Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.


Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa ayat 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


apabila ditegur kpd seseorg tentang ayat ni.. pelbagai alasan diberikan.. 'kami x bwat zina, kami SMS je.. kami tanye khabar jer.. kami ajak kluar makan jer.. kami x lupe solat..' dan lg 1001 lg alasan..


cube bace balik ayat ni... Allah melarang kita MENDEKATI zina... Allah menggunakan kalimah walaa taqrobuu (jangan hampiri) dan bukannya kalimah walaa ta`maluu (jangan melakukan). Ini bermaksud walaupon kita hanya MENDEKATI ZINA... ianya sudah HARAM !!!


JOM tegok kitaran ni...

pandangan pertama >> suka >> bercinta >> bercouple >> ajak keluar berdua-duaan >> berpegangan >>  ajak ke tempat lain dn mungkin akan melakukan ... ZINA

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.  

Zina mata ialah  memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah  keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan)  hanya menuruti atau tidak menuruti.

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya


Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul(berpegangan,brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.**


(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram.)


Jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina.


Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku.


Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina.

Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina.

Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.

Apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan bercouple adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM !!!

Apa Yang Patut Dilakukan?


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai 'kenikmatannya'. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi.


Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. 


Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan. Biar ianya pedih waktu nak clash tu.. tapi ingat lah... azab api neraka BERJUTA-JUTA RIBU lebih pedih jika tidak putuskan skarang...
ade org yg x nk berubah sbb nk jage hati 'Si Dia'.. tapi... Abi Abbas r.a telah berkata: 


Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. 

Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:


1. "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


2. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim

3. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

4. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi  bernama Ladha

5. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah 

6. Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.
 
7. Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

INSAFLAH SEBELUM TERLAMBAT.....


Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. 


Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman.

Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah,

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).  

Surah An-Nuur(24) ayat 26.

dan bagi yg rase hubungan korang tu just tanye khabar... Allah telah berfirman:


"Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam."
-Surah Al-ankabut, ayat 38.-

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. 


Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. 
Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. 

Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati.

Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah,

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "

- Surah Al-Araf ayat 201.-

SEKALI LAGI DITEGASKAN!!!


BERCINTA DeGaN NIAT SeBaGaI PENGALAMAN DAN SeBaGaI PEMUAS NAFSU ADALAH HARAM DI SISI ISLAM KERANA IANYA MENDEKATKAN DIRI KePaDa ZINA... 
KALAU X NaK MASUK NERAKA YanG TERPANAS... BERTAUBATLAH SEKARANG...

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA... ^_^

10 jenis TANGISAN ...

Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis karena rasa takut.
3) Menangis karena cinta.
4) Menangis karena gembira.
5) Menangis karena menghadapi penderitaan.
6) Menangis karena terlalu sedih.
7) Menangis karena terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis karena ikut-ikutan orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis

Jom Sahut !!


good idea ...

Kisah Hidup O_o = cerita-cerita RAMADHAN .... =

ni kisah bulan Posa  tahun lepas ...


sedang leka memerhatikan murtabak daging yang aku pesan ...


Pakcik gerai mula menyoal pelanggannya untuk memastikan bilangan murtabak yang di masak olehya mencukupi....

"ADIK !!! 2 bijikan ..."


"YA .."


"ADIK !!! 4 bijikan ..."


"YA .."


"ADIK !!! 3 bijikan ..."


"YA .."


huh untung besar lah PAK  CIK   murtabak  kali nih yer ...


"ADIK !!! 6 bijikan ..."


"Tuea  .. [BETUL dalam bahasa cina}" (x2 betul @ x ejaan aku klu ada yg berilmu sila tegur)


ha ha TERNGAGA Pak cik murtabak untuk SEKEtika mengambil nafas untuk memahami jawapan yang baru didengarnya tadi ....


Pelanggan yang hadir semua serentak berkata :


"Hei .. cakap Melayu lah ... Tengok Pakcik dah terngaga terkejut & x faham apa yang kamu cakap ...."


MORALnya :


x salahkan klu kita belajar pelbagai bahasa ... ia dapat :


mengelakan kita ditipu

mengeratkan hubungan dengan pelbagai kaum

orang HORMAT kat kita .. . tu yg BEST !!!

Mutiara Berharga ^_^


Seorang GADIS yg membiarkan dirinya dikerumuni, di dekati, diakrabi oleh LeLaK!  yg BUKAN MAHRAMnya cukuplah dengan itu .... hilang harga dirinya d! HaDAPAN AllAh . 
oleh itu ... PELIHARALAH DIRI & JAGA KESUCIAN

Wish to SEE you AGAIN ..{@_@}

Alhamdulilah setelah lama memohan kepada Allah agar dipertemukan dengan kawan lamaku akhirnya termakbul

Walaupun kita xmenyapa, aku pastikan kaulah temanku suatu masa dahulu. [firasat yg pasti]

Terima kasih YA ALLAH ... untuk kali ini ku memohon agar dipertemukan semula dan diberi kesempatan untuk berkongsi cerita kami masing-masing ...  Ya AllaH ... perkenalkanlah ...

Mutiara kata 27/07/11

Tanya sama IMAN, apa sebab GOYANG? Nanti jawab IMAN, UJIAN yang GONCANG...

Tanya sama UJIAN apa sebab KENCANG? Nanti jawab UJIAN, tanyalah AQAL..

AQAL nanti kata, aku kandung ILMU. Sampai waktu PERLU, aku pun SERU..

Tengok dalam HATI ♥ , nampak tmpat GELAP, campak NUR HIDAYAH, GELAP pun HILANG

Tiada pengganti atas kehilangan mu...

Minggu lepas merupakn minggu yang sayu bagi seluruh kolej kami yang telah menerima penghabaran buruk iaitu salah seorang pensyarah kami telah dijemput Illahi ....

Al-Fatihah buat arwah En SYED

Arwah telah terlibat dalam sebuah kemalangan di lebuhraya negeri Perak ...

berita selanjutnya klik disini >>> berita bernama

selepas nih entah siapa pulak ya yang mahu mengajar km video editing???

Moga rohmu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman .... =(

AL-FATIHAH

Mutiara Kata 13/07/11

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Mutiara kata 21/06/11 from mursyid Imam Muda Muhamad Zulkifli Hamat kepada pelajar Imam Muda musim ke-2

"orang yang hebat adalah orang yang dapat membezakan baik dan buruk manakala orang yang paling hebat adalah orang yang dapat mencari kebaikan dalam keburukan."
 
"Tembaklah cita-cita anda di langit yang tinggi walau ia terkena pd awan yang rendah ..."
kata-kata dari mursyid Imam Muda Muhamad Zulkifli Hamat kepada pelajar Imam Muda musim ke-2

cALL "NANNY 911 ..."


Alhamdulilah kelapangan musim cuti ini aku berkesempatan untuk menjadi peminat setia NTV 7 … [erm x la setia sgat Cuma tgok program yang best jer …]

Ok malam nih aku dah nonton 1 program yg mat saleh punya iaitu “NANNY 911” sebuah program yang memaparkan kisah hidup berkeluarga yang bermasalah lalu di bantu oleh “PENGASUH” dari agensi NANNY 911 itu … 

Melihat  keadaan keluarga sebegitu aku mula berfikir yang ada baiknya sebelum kahwin nih mat saleh ikut cara kita di Malaysia iaitu menyertai “KURSUS KaHwiN” [apa pendapat kooarang] sebenarnya aku x2 la apa mereka ada @ tak  cara untuk merealisasikan sesebuah perkahwinan yang bahagia … I mean “latihan amali yang perlu d ketengahkan kepada bakal suami isteri ini akan setuasi setelah berkeluarga” 

Aku nak cakap lebih pun x berani sebab “KURSUS KAHWIN” yang patut diambil itu belum lagi sempat untuk aku mengambilnya he he he …

Kisah Hidup O_o = cLaP NO =

Suatu hari aku tgah boring .... telha menghatar msg mutiara kata kpd sahabat lama aku yg dh 3 tahun lmanya x dgar khabar .... berbekalkan no yang telah di save kan 3 tahun dulu aku pun mula la menghntar msg mutia kata yang sma kp kawan2 aku ... dlm x sdar semuanya ada 30 orang FUHHH melayang kerid aku malam tu ...

 Nak di jadikan cerita adalah satu no ni dh x dgunakan oleh kwan aku.. fuh dapat plak kat sorang mak cik nih .. PERAMAH kooooot ... xblh xthan untuk memastikan siapa yang menghantar msg tersebut mak cik tu pun menelephone aku ... mulanya malas aku nak layan coz bateri pun tinggal nyawa2 ikan jer

aku pun mula mntak maaf sebab tersalah sent coz ingatkan aku ni still lg use no yg sama... tp x.

ok mula babak yg agak menggelikan hati dia mula la berkata berminat ngan mutuara kata tu ... siap suruh aku hantar lagi klu ada mutuara kata mcm g2 .. [maaf mak cik kredit saya tinggal rm0.50 jer waktu tu ... saya kena spare takut da kecemasan nnti sekali lagi maaf ya]  ok itu aku x bik kisahla sgt apa yg lawaknya aku wat xchat malam 2 tp memang pung tgh mode demam coz bnyak kerja duk wat sibuk ngan kenduri sepupu la kawan la yang melangsungkan perkahwinan .... mula la dia tnya nama n then aku pun jawab la siapa aku .. dr mana [ALOR STAQ] bila dia dh tnya bnyak ... aku pun mula ngn perangai gila2 gila-gila mngelentong ...

antara soalan makcik [ jawapan yg aku beri]

anak orang mna [org sabah menetap kat Kedah]
buat apa sekarang [full time photographer & designer walhal aku masih lg belajar]
kahwin x lagi [dah  ... ada 1 orang anak pun] waaah ... tipu sunat
& bnyak lg la....

x terjawap aku maaf ya makcik saya buat begitu coz saya x kenal makcik ni siapa coz peribadi kita mesti d rahsiakan  bila berada di alam maya ... sekali lagi maaf ya mak cik [itu pun klu mak cik tu baca]  =)

Kisah Hidup O_o = Perfect PLACE =

Dikala malam yang sunyi bertemankan bunyi cengkerik memeriah kn suasana rumah sewa aku tiba-tiba kau terdengar perbalahn dari umah sewa seblah yg berbunyi bergini :

A : Weih KEDAH la tempat yg paling best ...
B : x PENEg ba ...
C : Aku KELANTAN 
D : SABAH ba the best ... [ya yg ini aku sokong ... he he bukan aper ... my place homet town]

teringat masa sekolah menegah dulu ..

aku boleh dikatakan seorang yg degil dtg jer time perbalahan pasti ingin aku memenagi tp entahla kenapa setiap kali aku jua yg kalah ..aduhhhhh

semasa dia asrama dulu adalah akak ni cukup FANATiK ngan negeri nya iaitu PEnEnG ...

aduh bila dia mula bercakap ... enth bila la dapt mndengar noktahnya wlaupun walaupun begitu keadaanya dia la tmpat aku mengadu tatkala OTAK SERABUT & XBISA MENGHAFAL SUBJECT BAHASA ARAB yg aku ambil... MAKASIH ya KAK LIYANA =)


OK oleh kerana mata pun sayu dh membawa alamat untuk tidur ... saya ingin kawan2 komenlah WHAT IS YOUR PERFECT PLACE ^_~ share its charing ~_~ SELAMAT MALAM ...


Taaruf =)


Klik pada gambar untuk paparan yang besar =)

AfGAN = DALAM MIHRAB CINTA =


sebuah lagu yg mnceritakan proses post production ...^_~

bersama LOT804

kenangan bersama ...

28/05/2011 aku ngan kawan2 tlh membuat robongan cik KIAH ke rumah kenduri yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Kolej UNiversiti Insaniah
untuk melihat pic wedding tersebut klik sini >>> Wedding En. Safuan & kak Zetty [mode malas nak upload bnyak kali he he h e]

setelah kenyang aku ngan geng lain membuat rondaan ke rumah member yg sekitar ALOQ STAQ .... 

yg paling best kenangan menikmati hidangan bersama geng LOT804 sambil melihat keidahan matahari terbenam di PANTAI MURNI, YAN, KEDAH.... { ^_^} [sweat memory]

antara pic yg sempat aku snap by my sony W205









  





   







  









SUBHANALLAH .... =)

Beribu-ribu Kesukuran KepadaMU YA ALLAH ..


Alhamdulilah Wa Syukurlilah ... km bersyukur kepada mu YA ALLAH...


Pabila terdengar desa desus yng menyatakan akan bertukar ke A.Star semua mula serabut otak .... ADUH !!!

wah dah la mula serabut untuk hadapi Diploma Show sekarang pasal nk pindah pulak ...

bukaanya km x mahu pindah ... tp inilah alasan yg akan aku senaraikan ya :

  1. masa yg dberikan terlalu singkat untuk membuat persedian [1 bulan] mana cukup u cari rumah sewa ...alah yg sesuailah ngan harga student [yg aku jumpa up 700 adalah ..] mhal tuh sp bru RM350
  2. agak sukar untuk km mencari kedai yg dapat menyiapkan segala assigment km .... conth kedai print yg murah, kedai u bahan2 bdk grafik, kedai untuk bdk IPTv bnyak lg ...
  3. kerisauan mula timbul pabila lec mungkin akan terbatas untuk berjumpa pelajar seperti sekarang. yerlah kan ADAB PELAJAR ngan GURU ...
  4. Adakh bdk mualat blh trma cra km bljar?
  5. bkn kah nama STARGATE itu d ambil smperna tmpat lhirnya DJ?

kreadit to : > madara leader


11 PeSaNaN AYAH

Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.

Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.

Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

Yg mana LEBIH menghilang KERAGUAN {?_?}

@ 
YANG MANA PILIHAN ANDA MuSlIM ???

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts