Tanya Sama Pokok Versi Lama
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya Sama Pokok Versi Saintifik
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Dey, pokok mana boleh cakaplah!
Tapi kalau dia boleh jawab pon,
Dia bergoyang sebab angin,
Yang merupakan pergerakan sekumpulan gas,
Secara skala besar.
Kalau nak tanya langit apa sebab hujan,
Bukan ada guna pon sebab samalah langit tak boleh bercakap, biol!
Tapi kejadian hujan adalah disebabkan proses kondensasi,
Wap-wap air yang tersejat dari permukaan bumi,
Bila sampai tempat sejuk, wap-wap air tu bertukar menjadi air semula.
Tengok dalam air bukan nampak bayang-bayang la pandai,
Tu refleksi, cahaya dari tubuh badan kita yang dipantulkan oleh permukaan air,
Bayang-bayang disebabkan oleh objek legap yang menyerap cahaya matahari,
Cahaya yang lalu yang tidak diserap tulah yang membentuk bayang-bayang!
Susah betul cakap dengan orang kolot ni...
Tanya Sama Pokok Versi Sains Sosial
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Walaupun pokok tak boleh nak jawab secara literal,
Tapi rasanya tu metafora je tu,
Nak maksudkan setiap perkara yang berlaku tu ada sebab musababnya.
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit, tanyalah awan,
Di sini kita nampak sikap langit yang tidak betanggungjawab,
Terus menghalakan si penanya kepada awan,
Tapi mungkin juga menggambarkan sikap rendah diri langit,
Yang merasakan awan lebih tahu daripada dirinya.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Mungkin awan nak kata sesiapa pon boleh berubah,
Kalau kena pada tempat dan keadaannya,
Sama ada perubahan yang baik atau pon tidak.
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Di sini jelas konsep air yang tenang jangan disangka akan tenang selamanya,
Kerana bila ada faktor-faktor eksternal,
Pasti ketenangan itu akan diganggu-gugat.
Tanya Sama Pokok Versi Tauhid Zindani
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, Allah yang goncang,
Semua perkara, Dia yang merancang,
Kita hanya hamba, yang lemah tempang.
"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[al-Insaan, 76:30]
"...dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar."
[al-Anfal, 8:17]
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit itu kuasa Tuhan,
Tuhan pemilik alam setiap kejadian,
Sepertimana firmanNya di dalam al-Quran:
"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab angin itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."
[al-A'raf, 7:57]
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Semuanya itu ketetapan Allah,
Aku hambaNya yang menurut perintah!
"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira."
[ar-Rum, 30:48]
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang,
Dengan izin Allah sudah semestinya,
Dialah pentadbir alam seluruhNya.
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz).”
[al-An'am, 6:59]
Allah bagi mata, telinga dan hati yang sama kepada semua orang. Tetapi terpulang kepada kita untuk melihat alam ciptaanNya ini menurut kaca mata hawa nafsu dan ego kita, atau melalui kaca mata Islam dan dakwah & tarbiyyah yang sungguh kool dan bergaya.
Pilihan di tangan kita. Aman.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai."
[al-A'raf, 7:179]
Adam berusia 7 tahun pada tahun ini ...
keriangan jelas terpancar diwajahnya untuk menyambut hari RAYA :)
Sambil mengira wang upah puasanya yang berjumlah rm 300 aku cuba merampas rm50 & akhirnya berjaya !!! yes boleh la aku Shooping hee
sebelum keluar DAMMM!!! sebijik penumbuk diberikan aduuuhh skitnya blakang aku :(
"AKAK !!! adik kerja tau nak kumpuL DUIT tuh... SENANG HATI ja ya kak ambil gitu saja !!!" marah Adam
nak marah pun xboleh sebab memang salah aku .... huuu
"alah adik .. adikkn kecil lagi mana boleh pegang duit banyak2" aku cuba memujuknya
"AKAK!!! itu duit upah adik!. adik puasa cukut sebulan tau. memang la adik xboleh pegang duit banyak2 takut orang rompak tp adik kan ada BAnK....."
"xpa la ... bagi akak rm 50 nih .. kan adik ada rm 250 lagi banyak tuh " aku mencelah dari api kemarahan ADAM
Akak XBOLEH!!! tu duit upah adik.
alah adik nih ... dah la puasa tapi mintak upah itu namanya xIKHLAS !!! tuhan xbrapa suka ...
O... >.< IKHLaS :) Adam mengangguk mendengar cramah aku tentang Ikhlas.
OKlah dik upah akak ceramah tentang IKHLAS rm 50 yer ... ASSSALAMUALIKUM :)
OPPPss sekejap kak !!!
MAAF !!! duit ini TETAP HAK MILIK ADIK !!! Duit nih adik nak kumpuL sebab nak naik haji tahun hadapan sama dengan IBU AYAH. itupun SALAH KER ???
Salah ker ya??? NAK kena tanya Ustaz Azhar Idrus
Jom couple...??? sorry ok...kbai !!!
Antara prkara yg "seronok" dalam berCOUPLE;
1) Seronok (dapat fitnah)...
2) Seronok (dapat dosa)...
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)... tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas... berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating... tak pulak risau!)...
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...
8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj... .yg lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah... sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...
p/s: Jadi, tidak semua yang berCouple kekal selamanya..
Jadi berCouple?? perlu ke?? baik bercinta selepas nikah lagi sweet
TAK memeningkan kepala...
Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Lucu ya, 45 minit terasa lama untuk berzikir,
Tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton filem.


Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa / solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, pakwe & makwe.
Lucu ya, betapa seruan & teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita,
Tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih di bulan ramadhan pabila bacaannya panjang.
Lucu ya, susah sangat baca al-quran 1 juz
Tapi majalah hiburan & novel best seller yang 100 halaman boleh pulak habis di lahap
Lucu ya, orang2 tu , berebut tempat paling depan untuk menonton bola @ konsert,
Tapi berebut di saf paling belakang tatkala solat hanya kerna nak cepat pulang
Lucu ya, hendak berselawat keatas nabi Muhammad SAW 100x terasa lama & penat
Tapi xpula jadi begitu pabila waktu makan ya
Lucu ya, kita lebih kenal artis2 dalam dan luar negara,
Tapi tak pula kita kenal ulama2 yang ingin menyelamatkan ummah dari api neraka
Lucu ya, kita suka dengar ceramah ustaz yang lucu-lucu,
Tapi pulang saja ke rumah kosong ... Masuk telinga kanan terussss keluar telnga kiri
Lucu ya, kita boleh melayari FB kawan2 setiap hari
Tapi tiada masa untuk melayari blog & FB islamik yang boleh menjadi bekalan akhirat kelak
Lucu ya, bulan ramadhan pakat tahu belaka hari ni hari yang keberapa ... sebabnya x sabar menunngu hari raya,
Tapi cuba di ditanya pada bulan2 hijrah yang lain ... pasti menganga
Tapi kita masih lagi boleh bersuka ria hanyut dengan dunia
LUCU YA kn ... :)
ps to diri sendiri, rakan-rakan & saudara seislam :)



