Khamis, November 01, 2012 | Filed in:
Labels:
Dari Forum Ikutan
Assalamualaikum
wbt. usrah minggu ini membincangkan tentang bagaimana insan biasa menjadi insan
luar biasa.
Secara
asasnya untuk menjadi insan luar biasa kita hendaklah rapat dalam berkomunikasi
dengan Allah. Selain komunikasi dengan sahabat dan teman kita harus menjaga
komunikasi dengan Allah dengan menjaga solat. Apa yang saya maksudkan dengan
menjaga solat ini adalah berkaitan waktu dalam melakukan ibadah solat itu
sendiri dengan menunaikan solat di awal waktu. Setiap waktu solat itu mempunyai
kelebihan tersendiri jika kita menunaikan solat di awal waktu dan ia juga ada
berkait rapat dengan fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak
asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
1.
Waktu Subuh
Sebagai
contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka
yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang
kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -
dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di
sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud.
Jadi
mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
lagi.
2.
Waktu Zohor
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman.
Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam
hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang
tengah sakit perut ceria tak?
3.
Waktu Asar
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan
testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia
warna oren ialah kreativiti.
Orang
yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan
jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita.
4.
Waktu Magrib
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam.
Mereka
yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.
5.
Waktu Isyak
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan.
Waktu
Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya
bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam
sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan.
Selain
itu juga, tidak terkecuali solat sunat yang terdapat dalam Qiamullail yang
mempunyai kelebihan tersendiri.
1.
Qiamullail
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah
secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Jika
kita dapat melakukan kesemua ini tidak mustahil kita boleh menjadi insan luar
biasa dalam kehidupan.
This entry was posted on 11/01/2012 09:55:00 PG
and is filed under
Dari Forum Ikutan
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan