Sabtu, Julai 24, 2010 | Filed in:
Persiapan untuk membina Bait Muslim merangkumi persiapan secara zahir
dan batin, persiapan jasadiah, aqliah, rohaniah dan syu'uriah. Sudahkah bersedia? Persediaan
tidak mestinya bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan yang
memadai. Persiapan yang memadai itu subjektif. Penilaiannya tergantung
kepada kebijaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap disediakan
boleh dibuat sepanjang jalan menuju hari pernikahan atau selepas
pernikahan.
Persediaan dan pembaikan diri hendaklah dilakukan bukan bermula jauh
sebelum hari pernikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tetapi ia
berlangsung dan tidak akan pernah berhenti hingga suatu noktah yang
pasti iaitu mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikahan perlulah lebih intensif untuk mencapai peratusan persediaan yang memadai.
Persediaan material?
Persediaan material penting kerana realitinya kita hidup di zaman
materialistik. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa menghadapi realiti
dunia ini. Walaupun secara teorinya kita boleh memilih untuk
melangsungkan pernikahan dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas
sahaja, tetapi ianya hanya satu kenyataan yang tidak mudah untuk
dilaksanakan.
Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak membazir, serta
menggunakan kekayaan untuk hal lain yang lebih penting contohnya
seperti infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma kepada rakyat
dan mujahidin Palestin. Tetapi hakikatnya perjalanan hidup kita tidak
ditentukan oleh diri kita sendiri sahaja. Umumnya kita yang menentukan
perjalanan hidup kita tetapi proses ke arah membuat keputusan itu bukan
dibuat oleh kita sahaja.
Keputusan yang dibuat melibatkan orang-orang lain yang mempunyai kuasa
atau setidak-tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan istimewa
dengan kita yang menyebabkan tidak sopan untuk kita tidak mengendahkan
atau menolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan langsung pandangan,
cadangan, kehendak dan suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa kita
(yang mempunyai kuasa atas kita), dan sanak saudara kita (yang
mempunyai hubungan istimewa dengan kita dan secara adabnya kita mesti
menghormati mereka).
Namun jika kita berpegang pada prinsip keseimbangan, insyaAllah kita
tidak akan terlalu mudah terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku
pembaziran dan di sisi yang lain kita tidak akan terlalu berkeras dalam
pendirian kehendak kita hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah
orang-orang yang dekat dan berkait dengan kita.
Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya material kerana mungkin ianya
tidak cukup. Kita juga tidak boleh terlalu takut jika kita tidak
mempunyai banyak harta.
Persoalan utama dalam menjayakan Bait Muslim ini bukan pada banyak atau sedikitnya harta tetapi pada bagaimana kita akan mengurus harta itu?
Jika kita mengurus berdasarkan prinsip yang utama diutamakan dan yang
tidak penting dikebelakangkan atau dilupuskan terus dari senarai.
Insyaallah material kita akan terguna secara baik dan memadai tidak
kiralah ianya banyak atau sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita
melihat orang yang kurang material daripada kita telah dapat berkahwin
dan hidup bahagia, sedang kita yang banyak material masih merasa tidak
cukup dengan apa yang sudah kita ada.
Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta tetapi bergantung kepada cara
menguruskannya.
Sekalipun banyaknya material tidak menjadi syarat untuk memulakan Bait
Muslim, tetapi material mestilah mencukupi untuk memulakan Bait Muslim.
Tidak kisah sama ada ia banyak atau sedikit kerana yang penting ia
mencukupi. Apa ukuran mencukupi? Ia subjektif.
Banyaknya harta cenderung untuk mencapai status ‘cukup' material.
Tetapi berapa banyak orang yang ada banyak harta tetapi hartanya itu
tidak cukup-cukup untuk menampung hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh
sikap dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cenderung untuk
mendapat status ‘tidak cukup' material tetapi berapa banyak orang yang
sedikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan bahagia.
Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya harta, tapi pada bagaimana mengurusnya.
Jika ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah
Islam menyuruh untuk berusaha. Jika berusaha yang sedikit jadi banyak
dan yang tidak cukup akan jadi cukup, insyaAllah.
Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanjikan Allah untuk setiap
mahkluknya. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang
perlu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA. Dengan berusaha,
insyaAllah akan dapat rezeki dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu
pun masih terbuka luas peluangnya. Yang penting, mahu berusaha dan
terus berusaha. InsyaAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melayang,
berjalan atau berlari.
Persediaan akal?
Persediaan akal meliputi pemilikan pengetahuan. Pengetahuan yang
sepatutnya ialah pengetahuan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan
Bait Muslim. Bukan pengetahuan dalam aspek tertentu sahaja seperti
pengetahuan ibadat sahaja atau pengetahuan membesarkan anak sahaja atau
pengetahuan mencari harta sahaja. Ya, memang banyak yang nak kena
diketahui. Di sinilah kemahiran pengurusan pengetahuan sangat
diperlukan.
Ilmu yang diperlukan untuk diguna dalam masa terdekat perlulah dicari
dan dipelajari segera. Ia perlu diutamakan untuk dipelajari berbanding
ilmu-ilmu lain yang masih belum sampai masa untuk menggunakannya. Ilmu
yang tidak diperlukan dalam masa terdekat disimpan dulu sebagai niat
baik yang penuh dengan keazaman serta dicatat dalam senarai perancangan
ilmu untuk dipelajari nanti.
Utamakan pelajaran ilmu yang penting berbanding pelajaran ilmu yang
tidak seberapa penting.
Dalam masa terdekat dengan tarikh pernikahan, ilmu dalam banyak bidang
rumah tangga diperlukan. Sebagai bakal suami, ilmu tentang peranan dan
tanggung jawab suami diperlukan. Sebagai bakal isteri, ilmu tentang
peranan dan tanggung jawab isteri diperlukan. Selain ilmu tentang
peranan, ilmu tentang hak juga perlu diketahui, seperti hak suami dan
hak isteri.
Walau bagaimana pun, untuk kebahagiaan rumahtangga kesungguhan kepada
melaksanakan peranan dan tanggung jawab masing-masing jauh lebih
penting daripada kesungguhan menuntut hak masing-masing. Ilmu tentang
hak adalah untuk mengelak daripada dizalimi sahaja. Ilmu tentang
peranan pula adalah untuk memastikan kita telah melaksanakan
tanggungjawab dan amanah kita dengan adil dan sempurna. Jika kedua-dua
pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta memberikan dan
menjaga hak pasangan masing-masing, insyaallah kehidupan akan aman dan
bahagia.
Banyak lagi bidang-bidang ilmu yang perlu dipelajari contohnya ilmu
mencari nafkah zahir, ilmu membelanjakan nafkah, ilmu nafkah batin,
ilmu komunikasi dalam rumah tangga, ilmu tentang peribadi pasangan,
ilmu keselamatan, ilmu kesihatan, ilmu kepenggunaan, ilmu ibadat dan
ilmu akhlaq. Pelabagai cara untuk mencari ilmu tetapi yang paling
senang ialah dengan membaca. Membaca yang dimaksudkan bukanlah membaca
bahan bacaan sebarangan, tetapi membaca bacaan yang memang tepat untuk
dibaca.
Bagaimana mengetahui tepat atau tidak untuk dibaca?
Buatlah penilaian, bertanyalah kepada orang yang lebih berpengalaman
dan mintalah cadangan daripada yang pakar. Selain membaca, perkongsian
pengalaman dan dialog lewat perbualan biasa juga sangat bermanfaat.
Persediaan rohani?
Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika tarikh pernikahan
telah berlalu tetaplah terus melatih diri dengan menyemai dan
menyuburkan sikap yang baik dan membuang sikap yang buruk dalam diri.
Biarlah sikap baik tumbuh menggantikan tempat sikap buruk. Pada masa
bujang, sikap yang baik mungkin senang kita amalkan dan sikap buruk
kita pula tidak menjelma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa.
Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan rapi kerana tidak ada
ujian atau cubaan yang mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkahwin,
banyak ujian dan dugaan hadir dalam hidup sehingga ia mengganggu sikap
buruk yang selama ini terpendam dan kita akan mendapati banyak sikap
buruk pada diri kita selepas kita menikah.
Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik setiap masa dan
bersungguh-sungguh bersikap baik agar pada saat genting atau saat
keletihan selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-benar
menjadi diri kita yang sebenar, saat kita benar-benar diuji dengan
cubaan berat, sikap-sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita,
masih melekat pada kita dan kita masih ber'amal dengannya seperti biasa
biarpun kehidupan kita telah berubah, contohnya kita menjadi makin
sibuk, atau makin penat, atau makin banyak cabaran hidup mendatang.
Maklumlah kalau semasa bujang, kita hanya mengurus diri kita sendiri
maka kita tidaklah terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi
apabila kita telah bernikah kita telah megurus dua orang manusia yang
berlainan jantina dan berlainan latar belakang kehidupannya. Pastilah
kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat.
Oleh itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita
sementara kita belum bernikah.
Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah istiqomah membuang
sikap-sikap buruk dalam diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai
dan banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan sedikit. Tetapi
pokoknya kita tidak mahu sikap buruk ada pada diri kita biarpun satu
kerana satu sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang besar untuk
mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga apatah lagi banyak sikap
buruk yang kita miliki.
Contoh sikap buruk ialah sangat mudah berprasangka buruk, hasad, tidak
mahu mengalah, cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sensitif atau
manja, pemarah dan pendendam.
Jika pada masa bujang lagi kita telah ada banyak sikap buruk, maka
buanglah cepat-cepat kerana sesudah menikah ia lebih senang berkembang
dengan subur berbanding masa bujang sebelum kahwin.
Membuang sikap buruk bukan mudah, malah susah dan memakan masa. Tetapi
kesusahan itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah bermujahadah
membuang sikap buruk selepas nikah dan sekalipun telah lama bernikah.
Perubahan itu mungkin walaupun susah. Disebabkan ia memakan masa, maka
ia perlulah dibuang segera bermula sekarang.
Sekalipun jika masa bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk saja,
janganlah beranggapan ia sedikit dan boleh dibuang dengan senang
apabila mendekati tarikh pernikahan atau setelah menikah.
Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa yang utama untuk membuang
sikap buruk. Ya, tidak dinafikan membuang sikap buruk masih perlu dan
masih boleh dibuat selepas pernikahan, tetapi ia bukanlah lagi medan
fokus utama setelah menikah. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting
yang perlu dibuat. Membuang sikap buruk menjadi kerja sampingan saja
kerana banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang perlu diutamakan.
Menunggu masa selepas menikah untuk bermula membuang sikap buruk adalah
perjudian yang sangat besar risikonya kerana peluang membuang sikap
buruk tidak secerah sebelum menikah lagi sekalipun peluang itu masih
ada. Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi sempit. Sebelum
kahwin, peluang itu memang ada dan luas. Pilihlah antarapeluang yang ‘masih ada' atau ‘memang ada', dan pilihlah antara sempit dan luas.
Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa bujang ini sebaiknya untuk
membuat persiapan dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan bijak.
Jangan biarkan sesaat pun masa anda terbazir dengan hal tidak
berfaedah, kelak selepas kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda
lagi menyesal kerana akan ditanya di sana. Sudahkah anda bersedia?
Untuk berkahwin dan untuk menjawab di Padang Mahsyar.

| Filed in:
Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..
Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...
Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....
Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Labels:
Dari Forum Ikutan
Jumaat, Julai 23, 2010 | Filed in:
Labels:
Dari Forum Ikutan
Wanita solehah, cerminan Ainul Mardiah...
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian
wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan
mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini
semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si
jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh
wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu,
dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya
sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah
diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan
dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang
saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling
melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan
kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing.
Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu
mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan
supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana
dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran
mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang
teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan
jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah
terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada
pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan
kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan
keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar
menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut
hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya,
jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi
ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada
khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya"
adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang
fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh
melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai
aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita
bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu
menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah
mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya
ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan
melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah
s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan
dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui
kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi
minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat
mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka
memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi
minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut
mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan
ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah
menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan
dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi,
maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa
mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku
dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga
perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan
wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana
ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang
wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya,
kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan
tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya
apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu
sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah
berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih
tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa
jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab,
adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita
tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya,
beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan
melanggari perintah Allah swt".
Diriwayatkan juga ketika peristiwa
Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam
dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah
walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak
berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yangmustahak.Keluarnya wanita
dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar
dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di
kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga
Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke
syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan
Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan
iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari
ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka
pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang
muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?".
sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak
bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi
kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah
terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah
s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu
adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu
dilihat orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang
menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31),
ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang
lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat
malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan
kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang
hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga
pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan
bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari
kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang
selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan
dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga
kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur,
di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan
untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt
akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...
Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...
Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...
Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...
Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...
semoga kamu
dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita
di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan
setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita
yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang
wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
Ibnu Aminah aljuhury..............
Selasa, Julai 20, 2010 | Filed in:
Labels:
Dari Forum Ikutan
Wahai Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: Nurhidayah
Editor: Afdhal87
Oleh: Nurhidayah
Editor: Afdhal87
Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...
Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...
Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...
Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...
Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...
Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...
Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU
KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......
Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...
Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...
Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?
Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...
Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........
Ahad, Julai 18, 2010 | Filed in:
Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, kelak akan kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat satu janji yang benar, Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? [An-Nisaa:122]
Sabtu, Julai 17, 2010 | Filed in:
Labels:
Mutiara Kata
Wahai Perasaan
Ku Layarkan Bersamamu Sebuah Harapan
Ku Samuderakan Penuh Godaan
Sang Camar Beriringan Menunujukkan Jalan
Agar Aku Tak Kesesatan Dilambung Gelombang
Atau Kehilangan Arah Jalan Pulang...
Wahai Perasaan Yang Tak Pernah Terpuaskan
Kemana Lagikah HAluan Harus Ku Halakan?
Akhirnya Dalam Pelayaran Belum Berkesudahan
Ku Temukan Sebuah Pelabuhan
Untuk Ku Pujukmu Wahai Perasaan...
Oh Tuhan .. Berikanlah Percikan NurMu..
Agar Aku Tak Kesesatan... Dan Tahu Jalan Pulang
Khamis, Julai 15, 2010 | Filed in:
manisnya ukhuwah kerana manisnya iman. diikat kuat bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana Allah. Bersabar dengan kerenah insan dan menegur dengan kasih sayang kerana enggan terpisah di hari pembalasan.. ya Allah, satukanlah hati-hati kami yang menyeru jiwa-jiwa manusia pada-Mu. Izinkanlah kecintaan sesama kami berkekalan sehingga ke jannah-Mu, amiin.
Langgan:
Catatan (Atom)