Selamatkanlah .....

Sayu hati melihat keaadan  negara Islam yang sedang bergolak kini  [ Mesir ]

Bagaimanakah kehidupan pelajar Malaysia disana?? ? Doaku Moga semuanya sealamat

duhai shabat tabahlah hatimu Insyaallah pertolongan Allah akan tiba.

=====================================================================

Pagi tadi seowrang kawan aku [ umairah pelajar perubatan ] sempat menelephone keluargannya di Malaysia & memohon maaf  sebelum habis kata2nya talian perhubungan telah diputuskan ... hati ibubapa mana yang x resah mendengar suara sayu si anak yg berada di perantuan yang sedang bergolak itu ??? Hanya doa kami kirimkan moga dirimu selamat. andai takdir dirimu syahid disana aku bersyujur kerna Allah telah menempatkan dirimu yang ditempat yang baik & aku gembira berkenalan denganmu duhai sahabat ... B-)

Mari kita luangkan sedikit masa berdoa buat semua umat Islam terutamanya Pelajar Malaysia agar berada dalam keadaan selamt kerna segala perhubungan telah diberhentikan oleh kerajaan Mesir.

Kisah Hidup O_o = lembut =


Alhamdulilah setelah bertungkus lumus akhirnya dapat jugak masuk pengajian tinggi..

Tapi adasesuatu yg berlaku & aku rasa ni bukan suatu kes yang boleh dipejam sebelah mata sahaja.

Baru-baru ni  sepupu aku hilang barang  [ sijil , laptop, kamera, baju ]

apalagi naik geram lah dia nak tahu sijil yang di kumpulselama ni hilang tp alhamdulilah jumpa balik di tong sampah .. hu hu hu Alhamdulilah gak xda hujan klu da hbis la .. tgal kertas kosong bercorakkan dakwah hitan jer la nampaknya ..

kenapa tajuk yang aku bubuh lembut?

aku duk tengok bnyak yang orang lembut { maksud aku bukan yang aou owh tu ya } apa ... senang untuk di paham owrang yang lembut hatinya selalu sangat ditindas.


Contoh terdekat aku ngan sepupu aku ni ....
erm nak marah owrang jrang sekali
nak cakap lebih lebih pun ishk payahla
nak tinggilkan suara emrm entah bila gayanya
nak melawak
nak itu ..ini..

payah la

boleh dikatakan kami ni macam orang yang senyap sukar untuk bergaul dan boleh kitakan seperti katak dibawah tempurung yang suka duduk dilam tempurungnya sendiri.

aku pulak lagi teruk hilang rm500 sewaktu mula duduk kat ipts .. hu hu yang x boleh aku tahan Cd laptop aku plak yang mana sampai sekarang xdapat blik.

buat owrang yang suka buat kat kami (budak yang lembut hatinya) BERTAUBATLAH....

kami x gangu hidup owrang lain kenapa mereka kacau hidup kami?

jom sama-sama kita istighfar .. maaf klu yg membaca ni da yg berasa tp ambilah pedasnya agar kamu terselamat diakhiratakan panasnya penahan api neraka ...


Sehelai Tudung Labuh


Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi.

Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran .

"Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus."

Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes.

* * * * * *

"Awak setuju dengan keputusan ibu?"

Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran.

"Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?"

Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang berfikir ligat. Fokusnya hilang kepada permainan karom, dia lebih tertumpu kepada konflik yang dihadapinya sekarang.

Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba ibu Humaiya menghalang dia bertudung labuh lagi. Humaiya sedar, ibunya sejak mula memang menunjukkan respon kurang bersetuju apabila dia mahu bertukar imej, Tetapi ayahnya selaku ketua keluarga sentiasa meletakkan titik noktah bagi setiap keputusan sekaligus membuatkan ibunya terpaksa mengiyakan saja.

Ayahnya memberi lampu hijau kepada Humaiya untuk bertudung labuh. Mungkin dia menyukai anak gadisnya bertudung mengikut syariat kalau mahu dibandingkan dengan pemakaian tudung gaya Ariani yang sudah menjadi ikutan ramai wanita. Tudungnya sangat kecil, langsung tidak mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran yang mengarahkan kaum hawa supaya menutup belahan baju dan dada. Ayah Humaiya juga mengerti, yang anaknya mahu berhijrah. Menjadi antara golongan remaja yang diredhai Allah.

Humaiya yang kini sering menjaga solatnya.
Humaiya yang kini lebih elok keperibadiannya.
Humaiya yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Humaiya yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.

Dia sedikit pilu apabila ibunya gagal memahami.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama ibunya kelmarin.

"Ibu rasa ibu tak nak awak bertudung labuh lagi. Boleh ikut cakap ibu?"

"Tapi bu, akak ...".

"Ibu rasa akak pakai semata-mata ikut kawan, tunggu jelah bila akak dah besar. Sekarang ni akak muda lagi, masih belum waktunya. Ibu rasa awak belum bersedia nak pakai secara total, entah entah masa akan datang awak tak nak pakai tudung labuh lagi. Tolonglah, tak usah lah nak bertudung labuh lagi, akak bukan budak sekolah agama, budak sekolah biasa je."

Nada suara ibu Humaiya yang agak tinggi ketika itu menyebabkan dia terkelu. Dia tak mampu berhujah, meskipun segala yang dikatakan oleh ibunya itu terlalu bercanggah dengan pendiriannya yang sebenar. Waktu muda sebeginilah sewajarnya remaja memperbaiki diri, bagaimana jika ajal menjemput kita di kala kita lalai pada usia remaja? Ajal itu tidak mengenal umur ibu!

Apabila diimbas kembali, Humaiya sedikit kesal kerana gagal mempertahankan pendiriannya, mahu saja dia meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati. Mahu sahaja dia mengadu kepada ayah, tetapi rasa berat hati kerana ayahnya berada di luar negara menguruskan krisis kerja. Takut menambahkan tekanan ayah tercinta, lagi pula dia rasa masih mampu memujuk ibunya. Dia juga tahu kalau ayah malas mahu bertelagah dengan ibu.

"Akak! Cepatlah, giliran akak ni." Balqis merungut melihat kakaknya mengelamun.

Humaiya tersentak.

"Oh, maafkan akak ya. Akak dah takde mood nak main. Sambung nantilah."

Balqis mengeluh panjang.

Humaiya turun ke dapur untuk meneguk secawan air. Air mukanya berubah apabila melihat mamanya di dapur. Dia segera mengalihkan pandangan supaya tidak bertembung mata dengan ibunya. Ibunya cuba mencari perhatian Humaiya, tetapi gagal.

"Humaiya! Kenapa bermasam muka dengan ibu? Humaiya mahu jadi anak derhaka ke!."

Humaiya tersentak. Ibunya tiba-tiba melenting.

"Akak minta maaf ... akak tak bermaksud nak..."

"Itulah Humaiya! Taksub sangat nak bertudung labuh! Kenapa susah sangat nak patuh apa yang ibu tak kasi buat!"

Belum sempat Humaiya berkata kata, ibunya kembali melenting. Humaiya segera beredar ke bilik, tangisannya menjadi semakin esak. Balqis terkejut melihat reaksi kakaknya yang sedemikian tetapi tidak berani menegur. Dia segera keluar dari bilik, memberi privasi kepada kakaknya.

"Maafkan akak bu..akak tak bermaksud nak jadi anak derhaka..."

Tangisan Humaiya makin laju, mukanya disembam ke bantal. Dia memerlukan kata-kata penguat, kata-kata nasihat bagaimana dia mahu mengendalikan masalah ini. Keyakinan Humaiya runtuh menghempap bumi. Hatinya terluka apabila digelar sebegitu oleh ibunya. Rasa kesal menyelubungi diri.

"Urghh, tak patut aku bermasam muka!."

Dia teringat nasihat ustazahnya di sekolah yang menasihatinya supaya jangan sekali-kali menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa walaupun kadang-kadang kita tak sehaluan dengan mereka. Humaiya beristighfar. Menyesali diri. Dia sepatutnya bersabar, memohon kepada Ya Rabb supaya melembutkan hati ibunya. Dia menghentikan tangisnya sambil membetulkan duduk di atas katil.

"Aku kena betulkan keadaan."

Humaiya nekad.

* * * * * * *
Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami ibunya. Humaiya menyelinap masuk ke dalam bilik ibunya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah ibunya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Humaiya. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.

Dia segera mempercepat langkah, namun dengan berhati-hati supaya ibunya tak terjaga. Gayanya seperti pencuri yang memecah masuk ke rumah orang. Surat dalam genggamannya segera diletakkan di atas meja solek ibunya .

"Harap harap mama baca lepas aku pergi besok...", monolog Humaiya.

Awal pagi berikutnya Humaiya segera bersiap. Setelah usai dia segera berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang berat.

* * * * * *

"Humaiya ....".

Ibu Humaiya menitiskan air mata membaca surat Humaiya . Surat itu menjelaskan segala isi hati Humaiya, ibu Humaiya sedikit kesal kerana menegah anaknya daripada melakukan perkara yang baik. Kesal kerana dia sentiasa mempersoalkan perbuatan mahmudah dan bukannya mempersoalkan perbuatan mazmummah. Titisan demi titisan air mata jernih berderai turun di pipinya...

* * * * * *

Waktu kelihatan sudah hampir melepasi tengah hari. Kelihatannya Humaiya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai latihan bola jaring di sekolah. Walaupun sedang musim cuti persekolahan akhir tahun, pasukan sekolahnya kekal aktif supaya dapat bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan pada musim persekolahan tahun depan.

"Assalamualaikum! Humaiya dah balik!"

Humaiya membuka tali kasutnya lalu memasuki pintu rumah .

"Eh, akak dah balik. Penat latihan bola jaring tadi?"soal Balqis.

"Penat sangat..."

"Ohh, akak mesti lapar kan? Mama masak special untuk akak tau."

Humaiya senyum girang. Kelihatan mamanya berjalan menuju ke arahnya lalu memeluknya erat.

"Ibu minta maaf...ibu tak patut halang Humaiya, lagipun kalau Humaiya pakai macam tu terjagalah sikit anak ibu ni..."

Alhamdullilah ! Satu lafaz syukur diucapkan .

"Humaiya pergilah masuk bilik, tengok ada apa atas katil."

Humaiya terus mengatur langkah laju ke biliknya, sebaik membuka pintu dia terlihat sehelai tudung labuh di atas katil. Tudung labuh berwarna krim dan masih berbau kedai. Kelihatan ada sehelai nota di atasnya .

"Sehelai Tudung Labuh"
from  ibu :)

Humaiya tersengih.

TAMAT.

Kisah Hidup O_o = Tak tahu Antara Dua =


Mak ... Maka... Mak ...

akak dapat dah surat dr syarikat yg akak pergi temuduga hari 2.. Alhamdulilah mak keputusan Akak dapat berkerja kat sana  mak...

Alhamdulilah mak gaji yg mereka tawarkan banyak mak .. Rm5000 sebulan....
Disuatu sudut kelihatan seorang tua yng lesu tubuhnya mengukir senyuman atas kejayaan anknya itu .. Tapi hatinya hanya ALLAh sahaja yangtahu ...

Mak .. nti klu akak dapat gaji nti kita boleh la guna untuk berubat penyakit mak..
Si Emak mengusap rambut si akak tanda terima kasih & kasihnya Emak kepada Akak. Namun si akak masih lagi tidak mengerti lagi ...

Mak berkata kpd Si akak " Andai abaha kamu ada mesti dia gembira tgok anak tunggal dia ni berjaya masuk U pastu dapat kerja hebat2 " Si akak memeluk Si emak tanda sedinh mengenangkan arwah abah si akak.

Sebulan selepas itu si akak pergi ke kota untuk berkerja dan meninggalkan si tua itu sendirian...

Apa yang terjadi x seindah yang diungkap pada awalnya...

Sehinggalah ....

B-(  mode sedih


sambil membaca surah yassin buat sebujur tubuh yang pernah suatu masa dahulu menjadi tempat aku bermanja iaitu MAK .!!! kini kau sudah tiada disamping ku dan jua aku juga tiada disampingmu saat nafas terakhirmu Ya Allah ampunkanlah diriku Yallah...

Makk.. maafkan akak mak ...

=_=  =_=  =_=  =_=  =_=

Jom nyayi sikit ..

Aku x tahu antara dua
rasa yang berbeza ...
kiri kau menjajikan cita
kanan kau menjanjikan cinta
oh yang mana???

OH YANG MANA?
OH YANG MANA?
OH YANG MANA?

yang mana ya
Kiri = cita nya mencari wang ke luar kota
Kanan = duduk di rumah merawat emaknya yang sakit

OH YANG MANA?

oh akak pesan saya pilih la yang kanan conform masuk syurga. x dinafikan yng kiri itu x bagus x kita nikan manusia ... mulut bisa saja menjanjikan kata2 yang manis tp belum tentu bisa merealisasikannya.

Andai kanan pilihan akak alhamdulilah Allah telah memberi pentunjuk langkah untuk akak selangkah ke pintu syurga. X seronok ka? biarlah kak kerja kat kg yang sememangnya gajinya x seberapa asalkan di saat nafas terakhir mereka (ibu & bapa) kita ada disisi mereka. Insyallah kak rezeki ALLAH da kat mana2.. Jadilah anak yang solehah ya ... Doakanlah mereka berbahgia diakhirat sana ...

Nota kaki :
harap dapat sedekahkan al-fatihah BUAT TOK menakan saya yang baru meninggal pada waktu Subuh tadi 18/01/2011 moga rohnya dicucuri rahmat - AL-FATIHAH ...

Shoutul Amal = Analisa =

Salam Mahabah Dua Buah Negara (Malaysia & Indonesia)




  
aduh agak keletihan jugak malam ni .. mod ngantuk dah coz dah terlebih time untuk tidoq ... maih aku nak citer apa yang terjadi malam ni...

nak tahu apa? malam ni Insaniah Sp ada buat majlis menyambut kedatangan pelajar imam Banjol iaitu melalui program pertukaran pelajar iaitu antara pelajar dari Insaniah dan pelajar imam bonjol.

kunjungan pertama dari pelajar Imam Bonjol Padang Indonesia dan susulannya pelajar dari Insaniah bakal menyusur ke Padang yang kemungkinan di jangka Bulan April 2011 (ni pun aku dengar jer la x pasti sgat)

Huh agak seronok dapat berkenalan ngan mereka. Alhamduliah dapat gak belajar baru :
  
  1) Praktikal = latihan lapangan
  2) Bidang = jurusan
  3) Cakap = ngomong

walaupun agak singkat perkenalan tp rasa macam dh lama berkenalan.ha itulah orang katakn manisnya berukhwah atas nama saudara seislam ...

aduh mata dah ngantuk dah nk upload gmbar majlis menyambut tetamu pun xda kat aku coz kamera x bawak cuma jd photographer guna kamera owrang lain.insyaalah time lain aku citer lain kali ok selamat malam. doaku semoga Persahabatan Antara Insaniah dan Imam bojol berkekalan hendaknya. 


Update yg semalam.

Dalam tengahari adakan lawatan ke kampus Insaniah di Kuala Ketil

 
Masih lagi dalam pembinana yang telah siap ialah Tasik Buatan =)
Dah mula ... Cook Time
Antara owrang kuat yg menyiapkan makanan

9.15 malam
Time yg ditunggu.... Jom Terjah makan

Alamak kena beratur la Plak ...


 Alhamdulilah sampai gk turn aku stelah 10 minit menunggu ERmmm.. Yummy nasi lemak ayam berempah. =)
Teknik shot silap ni... tp nampakkan nasi n Kuah sambal tu mengliur x? ERmm sedap..
antara makanan yg disediakan.. yummy

oops lupa plk lect n Staf insan maya turut hadir majlis ni ... maaf gmbr x der

Dekat nk pulng sempat mnyaksikn persembhn dr lec n perkara yg x mahu di lepaskan adalah berkenalan ngn pelajar indonesia. last word i glad to see n meat you all ..



 

DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

HARAPAN PEMUDA



LANGKAH TERCIPTA =UNIC=




Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…

Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka

Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…

Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu

Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Ha ha dia Datang ... PROMOTION

Assalamualikum ...

 Apa Khbar? ada kad bisnies @ kad nama x bila2 boleh saya contact coz saya nak cepat ni ada meating.
TIADA.....
begitulah yang terjadi pada aku dahulu mau garu kepala jugak la aku ni ...
alhamdulilah da tersedia dlm beg aku note paper and a pen so just tulis nama & no phone jer la coz dia pun nak cepatKan

Lepas 2baru aku terpikir rasa kena wat jugak kad seperti itu. pabila fikir2 dari tempah lebih baik aku wat sendiri
kat bawah salah satu designe yg sempat aku upload sapa berminat boleh la tinggalkan nama , email, alamat &  phone number. kat bahagian comment
Harga RM28 untuk 30 keping kad (termasuk penghantaran pos)

(klik gmbar untuk paparan besar)



Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts