Taubat ialah meningggalkan perbuatan dosa kerana mengetahui kehinaannya, menyesal kerana pernah melakukannya dan berkeinginan keras untuk tidak mengulanginya andai pun mampu.
Di samping itu, mengiringinya dengan amalan yang dahulunya diabaikan dan melaksanakan seluruh kewajipan yang pernah ditinggalkan ikhlas kerana Allah swt, mengharapkan redha-Nya dan takut pada seksaan-Nya.
Semua ini boleh dilakukan dengan syarat sebelum nyawa di tenggorokan dan matahari terbit dari barat...
via Sham Kamikaze
Bagi yang bercouple, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan 'kesucian' cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau bercouple? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin ayat 36:
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat ayat 13:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
-Surah An-Nur ayat 30-
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...
-Surah An-Nur ayat 31-
Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa ayat 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
apabila ditegur kpd seseorg tentang ayat ni.. pelbagai alasan diberikan.. 'kami x bwat zina, kami SMS je.. kami tanye khabar jer.. kami ajak kluar makan jer.. kami x lupe solat..' dan lg 1001 lg alasan..
cube bace balik ayat ni... Allah melarang kita MENDEKATI zina... Allah menggunakan kalimah walaa taqrobuu (jangan hampiri) dan bukannya kalimah walaa ta`maluu (jangan melakukan). Ini bermaksud walaupon kita hanya MENDEKATI ZINA... ianya sudah HARAM !!!
JOM tegok kitaran ni...
pandangan pertama >> suka >> bercinta >> bercouple >> ajak keluar berdua-duaan >> berpegangan >> ajak ke tempat lain dn mungkin akan melakukan ... ZINA
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.
Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya
Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul(berpegangan,brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram.)
Jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina.
Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku.
Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina.
Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina.
Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.
Apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.
Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan bercouple adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM !!!
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai 'kenikmatannya'. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi.
Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini.
ade org yg x nk berubah sbb nk jage hati 'Si Dia'.. tapi... Abi Abbas r.a telah berkata:
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:
1. "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
2. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim
3. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
4. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha
5. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah
6. Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.
7. Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
INSAFLAH SEBELUM TERLAMBAT.....
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti.
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Surah An-Nuur(24) ayat 26.
dan bagi yg rase hubungan korang tu just tanye khabar... Allah telah berfirman:
"Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam."
-Surah Al-ankabut, ayat 38.-
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati.
"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "
- Surah Al-Araf ayat 201.-
SEKALI LAGI DITEGASKAN!!!
BERCINTA DeGaN NIAT SeBaGaI PENGALAMAN DAN SeBaGaI PEMUAS NAFSU ADALAH HARAM DI SISI ISLAM KERANA IANYA MENDEKATKAN DIRI KePaDa ZINA...
KALAU X NaK MASUK NERAKA YanG TERPANAS... BERTAUBATLAH SEKARANG...
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA... ^_^
Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu :
1) Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis karena rasa takut.
3) Menangis karena cinta.
4) Menangis karena gembira.
5) Menangis karena menghadapi penderitaan.
6) Menangis karena terlalu sedih.
7) Menangis karena terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis karena ikut-ikutan orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis
ni kisah bulan Posa tahun lepas ...
sedang leka memerhatikan murtabak daging yang aku pesan ...
Pakcik gerai mula menyoal pelanggannya untuk memastikan bilangan murtabak yang di masak olehya mencukupi....
"ADIK !!! 2 bijikan ..."
"YA .."
"ADIK !!! 4 bijikan ..."
"YA .."
"ADIK !!! 3 bijikan ..."
"YA .."
huh untung besar lah PAK CIK murtabak kali nih yer ...
"ADIK !!! 6 bijikan ..."
"Tuea .. [BETUL dalam bahasa cina}" (x2 betul @ x ejaan aku klu ada yg berilmu sila tegur)
ha ha TERNGAGA Pak cik murtabak untuk SEKEtika mengambil nafas untuk memahami jawapan yang baru didengarnya tadi ....
Pelanggan yang hadir semua serentak berkata :
"Hei .. cakap Melayu lah ... Tengok Pakcik dah terngaga terkejut & x faham apa yang kamu cakap ...."
MORALnya :
x salahkan klu kita belajar pelbagai bahasa ... ia dapat :
Alhamdulilah setelah lama memohan kepada Allah agar dipertemukan dengan kawan lamaku akhirnya termakbul
Walaupun kita xmenyapa, aku pastikan kaulah temanku suatu masa dahulu. [firasat yg pasti]
Terima kasih YA ALLAH ... untuk kali ini ku memohon agar dipertemukan semula dan diberi kesempatan untuk berkongsi cerita kami masing-masing ... Ya AllaH ... perkenalkanlah ...
Tanya sama IMAN, apa sebab GOYANG? Nanti jawab IMAN, UJIAN yang GONCANG...
Tanya sama UJIAN apa sebab KENCANG? Nanti jawab UJIAN, tanyalah AQAL..
AQAL nanti kata, aku kandung ILMU. Sampai waktu PERLU, aku pun SERU..
Tengok dalam HATI ♥ , nampak tmpat GELAP, campak NUR HIDAYAH, GELAP pun HILANG
Minggu lepas merupakn minggu yang sayu bagi seluruh kolej kami yang telah menerima penghabaran buruk iaitu salah seorang pensyarah kami telah dijemput Illahi ....
Al-Fatihah buat arwah En SYED
Arwah telah terlibat dalam sebuah kemalangan di lebuhraya negeri Perak ...
berita selanjutnya klik disini >>> berita bernama
selepas nih entah siapa pulak ya yang mahu mengajar km video editing???
Moga rohmu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman .... =(
AL-FATIHAH
