Yeah ... tahun baru dh masuk
semua pakat menantikannya suatu yg pasti umur kita semakin meningkat tp apakah amal-AMALAN kita untuk ke akhirat sana juga turut meningkat???
Pabila masuk tahu mesti semua orang pasti akan bercakap tentang ini "AZAM".
fuhh... untuk tahun nih apa ya azam aku??? aku pun berfikir2
sedang berfikir aku bukaklah radio buruk aku nnnnn then tepat pd waktunya program jOM KONGSI AZAM (kot klu xclap aku) d IKIM ada yang berkata azam aku tahun ini ...
tiba2 ada orang call kta ini satu ja yang MAK dia PESAN SETIAP HARI " NAK JADILAH AHLI SYURGA YA"
Tersentak aku bersama2 Dj IKim @ mungkin juga pendengar radio IKIM waktu tuh.
FUHHH mendalam maksud tu ...
After that aku mula terfikir buat apa la kita nak azam itu ini yang hanya memberi kreadit diDUNIA ini semata2 kn....
SO di SINI jom kita pakat rami-ramai ubah AZAM kita kepada "INGIN MENJADI AHLI SYURGA ALLLAH S.w.t "
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/ykzrwuDxyBY" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
suka sangat lagu nih lgpn shot dia best gak apa2pn bak kata FB LIKE =)
mesti sebagai umat islam kita selalu dengar ungkapan ini kan ...
ok lah kali ini cerita seorang budak yg baru shaja kehilangan bapanya
short story she now seorang anak yatim piatu.
sewaktu 2 bulan ketiadaan ayah nya itu selalu aja dia pengsan dan mengucapkan ungkapan Assalamualaikum & Waalaikumussalam ..
Orang sekelilingnya menjadi hairan
sehinggalah suatu hari rahsia terbongkar
rupa-rupanya sewaktu dia pengsan dia seperti mengalami segala memori bersama ayahnya terutama sekali at time ayah dia mengungkapkan kalimah Assalamualaikum kpdnya. & dia pun menjawapnya dengan ungkapan Waalikumussalam.
Moral disini ... selagi orang yang kita sayangi berada disamping kita hargailah & buatlah sesuatu agar kita boleh mengamit meori ketika bersamanya seaindainya mereka sudah tiada lagi di dunia ini .... AL-Fatihan kepada yg umat Islam yg telah meninggalkan dunia ini ...
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.
3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.
4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.
5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
~✿..Aku TIDAK PANDAI menulis dengan jari, maka aku menulis dengan HATI..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan bahasa, tapi MENULIS untuk melakar IMAN di dalam jiwa..✿~
>>> Biarlah sekalipun kita TIDAK HEBAT menulis..yang penting setiap ILMU yang ingin disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU..jangan menulis mengikut mahu..apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun cukup banyak memberi ERTI kepada yang
memerlukan..(✿◠‿ ◠
JanGan !!! tak perlu lagi untukku katakan apa maksudnya J. A. N. G. A. N. itu ... klu benar-benar tak tahu klik sini >>> JANGAN !!!
Dah FAHAM maksud jangan??? ermm ... cerita kali nih berkisar seorang makwer yang nak break off her relationship with her pakwer .... so seperti biasalah kena jadi FREE motivater la ....
ok lepas nih aku nak tulis untuk nak dapat khidmat motivater kena bayar ... please la .. ptptn aku pun 200 jer apalah sumbang sedikit sepuluh ke duapuluh ker ... ok jgak kn =) melawak jer tp klu da yg nk memberi tangan ini sedia menerima ^_~
Ok aku street to the point. Si makwer ni secara terus terangnya kurang ilmu tentang hukum hakam agama BUT !!! she a google girl. i mean seorang yang suka mencari benda yang baru ...
One Day dia terjumpa sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi "JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA" ... habis 50 muka surat dia search babab nih ... Alhamdulilah ... ALLAH telah memberikan hidayah kepadanya dan membuat satu keputusan yang jarang-JARANG ORANG COUPLE akan buat macam dia nak wat nih. APA DIA? NAK TAHU? iaitu "MENJAUHI DIRI DARI PERBUATAN ZINA MELALUI KONCEPT COUPLE" dan MENDEKATI DIRI DENGAN KONCEPT COUPLE AFTER NIKAH. =)
Tapi sayang ... si PAKWER x memahami niat si MAKWER iaitu mahu meneruskan perhubungan tapi dengan secara halal iaitu berkahwin. Oleh kerana itu ... pelbagai cara telah dilakukan oleh si pakwer bagi menjatuhkan maruah si makwer itu tadi. Seperti memberitahu parent si makwer yang dia dah hilang dara. meletakkan dadah di dalam beg sekolah si Mak Wer dam macam-macam la.. Hati mana x terasa pedih kn pabila niat yng baik ditolak begitu saja & dibalas dengan benda yang buruk tambahan lagi diperlaku oleh seseorang yang kita sayang?
_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+
Faham x cerita diatas??? ini kisah benar tau ... dah TERANG lagi BERSULU dah ditulis kisah HIDUP ... ^_^
Apa yang anda dapat dari kisah nih???
- Feel sedih?
- Nak marah ?
- SERIK???
- @ x rasa apa-apa pun aku ok jer bercouple ... erm mungkn takdir akan menentukan segalanya (pesanan aku kepada para-para couple sekalian)
OK aku pendekkan cerita kan lah ...
1) kenapa kita masih lagi x berpegang al-Quran & as-sunnah? bukankah Rasullulah pernah bersabda bahawasanya tidak akan sesat umatku seandainya berpegang pada 2 benda iaitu Al-Quran & As-sunah . So WHAT??? PILIHAn ada kat tangan korang.
2) pernah anda terfikir kenapa ISLAM x menggalakan umatnya mendekati zina apatah lagi melakukannya...??? ok maih aku g2
- menjaga keamanan -
lihat dari kisah atas korang rasa si makwer tuh rasa aman x hidupnya? korang jawab sendiri aku malas.
- jaga keturunan -
Andai kata dia disabitkan keslahan atas memiliki dadah... x mungkin selepas dibebaskan dari hukuman masyarakat akan mencemuhnya sebagai pengagih dadah.
- menjaga nyawa -
Andai si makwer disabibtkan salah dan dikenakan hukuman gantung macam mana??? FIKIR sendiri !!!
- menjaga akal fikiran -
Terus terang sewaktu aku berbicara dengan si mak wer nih otaknya agak serabut hinggakan namaku sendiri perlu diulang 10X
- menjaga harta benda -
Bagaimana? Anda tengoklah filem & Drama melayu belungguk contohnya ... dah ngantuk nih ...
P/S aku:
kpd diri sendiri JOM terokai ALQURAN itu isinya & sentiasa mengamalkan berzikir INSYALLAh =) moga bersama mencapai satu cita iaitu Syurga FIRDAUSI @_@
jmpa lagi ...
Erti Gerak Geri Dalam Solat :
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "
Imbas kembali ketika masih anak ingusan
riang berlarian di laman
menyanyikan lagu tiga kupang bersama teman
seumur Aisyah menghafaz hadith Rasulullah
seorang anak muslimah
apakah lagu yg jadi hafalan?
Di zaman persekolahan akal mudanya di sogokkan khayalan
'Merpati Putih Terbang Lagi'
dan semangat seorang guru History
dengan kebanggaan kegemilangan
peradaban barat silam
seorang remaja muslimah
apakah kitab yg membajai azam?
Tika pergaulan tambah meluas
seorang teman memberikan pendapat
"Gincu dan celak tanda kedewasaan"
Seorang puteri muslimah
apakah bukti kematangan?
Kala gelisah berjemur di tengah panas
dalam barisan panjang bakal siswazah
Terdengar sindiran pemuda melayu yg Islam
"Cubalah invent kipas angin yg boleh dipasang
di leher yg tersembunyi di bawah tudung panjang.
" Seorang muslimah yg tidak keliru bagaimanakah jawabanya ?
Terbukti Khadijah menyerahkan segala buat suami tercinta
Pun begitu seorang isteri cemas di hati akan nasibnya di hari muka
Seorang muslimah solehah siapakah tempat pergantungan ?
Teman-teman ghairah mengelilingi dunia mencapai impian
menyaksikan tujuh keajaiban alam
seorang hamba yg hina sedar Thousand Wonders of God pada dirinya
seorang muslimah beriman apakah lagi yg jadi impian ?
Waktu bertugas di sebuah sekolah di bandaraya terbesar
seorang guru mengeluh melihat kerenah pelajar
"Bagaimana akan ku ajar dumb, dumb pupils yg semakin biadab..."
seorang muslimah bergelar ustazah apakah tindakan yg wajar ?
Zaman silih berganti tiba kini giliran mendidik anak sendiri
Kala suara azan di seru anak bujangnya
masih menggeliat di kusyen empuk
Tangan memegang 'gameboy' kekadang
'remote'
Bagaimana diharap bakal menyambut
seruan mujahid di medan jihad mengangkat senjata membela ummat
seorang ibu leternya tiada perhentian
seorang muslimah berhikmah apakah penyelesaian ?
Direnung alam sungguh harmoni ciptaan Tuhan
Diperhatikan makhluk bertindak zalim sesama insan
melepasi batas kebinatangan
(kerana binatang membunuh hanya untuk mencari makan)
seorang perempuan hati menangis pedih di dalam
seorang muslimah sejati bagaimanakah perasaan?
Buat saudara seagama dipohon do'a serta harapan yg menjulang tinggi moga
nasib ummah akan terbela sedikit masa lagi
Buat ayahanda bonda yg telah pergi kasihnya abadi
Buat suami dan anak-anak tercinta sayangnya tidak berbelah bagi
namun ruang di hati belum terpenuhi
kerana rindu masih tidak terubati.....
Seorang muslimah mukminah
Di dalam sujud harapkan ketemu jawaban,
Hari ini, esok dan seterusnya untuk
siapa...???
"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu dgn percuma dan kamu tidak akan kembali kpd Kami ?"
(Al Mu'minun:115)
Renungilah.....
