bingkisan rindu .... --> mode rindu kawan-kawan nih <-- ~_~

  
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama 
Kita tidak lagi bersua 
Hanya tinggal kenangan 
Yang tak mungkin kita lupa 
Kirimkan khabar selalu 
Seiringan hembusan bayu 
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu 
Pantas masa berlalu 
Meninggalkan kita semua 
Tanpa disedari bertambahlah usia kita 
Potret lama masih kusimpan 
Kubingkaikan kenangan 
Hingga terkadangku 
Tersenyum sendirian 
Oh perjalanan kita masih jauh 
Jalanan berliku akan kita tempuh 
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat 
Penguat semangat menempuh masa hadapan 
Harapanku kau kan bahagia selalu 
Padaku engkau penghibur duka 
Pengubat hati resah kecewa 
Dikala malamku kau bawa cahaya 
Antara kita tiada rahsia 
Susah dan senang tetap bersama 
Terpatri namamu Kau takkan kulupa 
Perjalanan kita masih jauh  Jalanan berliku akan kita tempuh  Imbaslah kenangan semalam jadi azimat  Penguat semangat menempuh masa hadapan  Harapan ku kau kan bahagia selalu  Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

Sejarah sudah berulang ...

 

Adi Putra memgegarkan Malaysia dengan kepintarannya dalam matematik dan kini adik kecil ini telah berpeluang memberi nasihat kepada sultan ... 

1) Jagalah Sungai : Kerana sungai pembrian Allah dimana tempat untuk beruduk & minum

2) Kumpulah al hafiz sebanyak yang boleh : buatlah air hafazan Al-Quran

3) Kumpulah penagih dadah & mat rempit: berilah mereka air hafazan Al-Quran insyallah akan hilang tagihan mereka

4) Jagalah makam para wali

5) Jagaah halal haram : bagaimana rakyat nak jadi hebat kalu xjaga halal haram?

APA RAHSIA ZUHUDmu DI DUNIA ini ???


Hasan Basri ditanya :
 Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab :
Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal salih.
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.
Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH..

FITRAH @ FITNAH {?_?}


PILIHAN "FITRAH ATAU FITNAH"

"CINTA" Perkataan yang biasa kita dengar dan UNGKAPKAN.
Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. 
Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.
Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.
Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.
Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.
Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanah air.
Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.
...Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya.
Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.
Itulah cinta. Ia fitrah. Dan ia juga boleh menjadi fitnah..

So ... think about it .. ^_~

Buat yang Sukar Bangun Subuh ,,,

sumber dari Productive Muslim


"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Surah Al-A'raf: 201)

Kisah Hidup O_o = PUTIH BERSIH =

Setiap bayi dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa. 


Al-kisah berkaitan dngan seorang budak lelaki berumur 3 tahun.


Setiap yang hidup itu pasti akan menemui saat kematian cumanya kita tidak mengetahui bila & dimana kita akan dimatikan...


setelah siap dikebumikan si kecil itu terus tertidur akibat kepenatan.


Beberapa jam lepas itu sikecil bangun dan terus mencari atuknya yang telah meninggal beberapa jam yg lepas.


Si kecil mla mengadu pd ayahnya  " bah .... tok wan mana? "


Dengan sayu ayah menjawab " tok wan xada dh sayang ... sekarang rumah tokwan di belakang masjid. tokwan tak boleh tinggal sama2 dengan kita... esok kita pergi jenguk tok wan ya ..."


Keesokan harinya .. dalam perjalanan  ayah nya berpesan " dik .. sampai ja kat masjid bca al-fatihah ya... niat khas untuk atuk ..."


si kecil "baik bah ..."


turun saja dari parking kereta si kecil menjerit ... Assalamualaikum Tok Wan ... [mgkn dia menyangka tokwan dia berada di dalam masjid ] ADAM datang nih .... owh ... [adam mula membaca al-fatihah mengikut apa yang telah diberitahu oleh ayahnya tadi...



Base on the story... 
Hati budak ini masih lagi suci ...
mga Allah memeliharanya
beruntunglah kita seandainya hati kita suci bersih tatkala dijemput pulang oleh illahi kn ...
ayuh kita mohon doa bersama ...

Kisah Hidup O_o = My NAME is ... =

Suatu hari di sebuah kampung telah diajalankan sebuah taaruf ....
mulah sesi dengan
Assalamualaikum ... my name is ... you can call me as ....

Al-kisah lah plak seorang penduduk kg nih suka merempit turut erta dlm program..

soo time taaruf dia pun mula beritahu nama dia


HAi ... nama gua... Abdullah... bin A...min ...

tiba2 ja da yang menyampuk xpayah lma sgat nak taruf dia tuh mat rempit ... dah la cakap lambat. Bwk motor boleh jer laju ... panggil ja lapit <gabungan lah & rempit>

Tatkala mendengar suara tersebut... si Abdullah nih dengan semangat kawat tentera JEPUN beredar keluar dengan sdih ...

actualy si rempit nih  mengikuti kem Mahasiswa masuk Kampung untuk mengubah dirinya kpd yang lbh baik namun ... dia x diterima masyarakat.

Hatinya yang dihasut syaitan mula berkata "Siapalah kitakan... nak jadi oang baik pun xda yang sudi"

Kedengaran suara di sebelah kanannya mula menyapa "xper bro ... d'not worry ALLAH like you ... "

Namun hasutan syaitan berjaya menghasut si Abdullah ...

Abdullah yang rasa hampa itu  pun mula merempit & diatakdirkan dia terkorban.

... SUASANA di KAMPUNG ....

"weih lapit dah meninggal semalam "

"APA?" Amin .... aman dunia "

" memang patut pun si lapit tuh died"

"dasar mat rempit manalah ada jln lain untuk mati di jalan jugak akhirnya ... tenteram tidur aku malm nih lapit xder"

Tiba2 jeer atang seorang USTAZ menegur :

"WAHAI saudara yang seislam dengan ku sekalian...  hendaklah kamu memberi nama kepada anak2 kamu dengan sebaik2 maksud dan kamu memanggilnya dengan sebaik nama ..."

sambil menepuk meja makan " kat sini saya nak tegaskan bahawa xpayahlah sebut nma lapit. panggillah nama dia ABDULLAH BIN AMIN bukan kah sedap nama tuh? lgpn x elok kita duk cakap benda yg buruk2 kat orng yang dah mati....

"SO... apa kata kita ramai doakan dia menjadi seperti mana maksud  Abdullah bin Amin " tenteram sikit lah arwH di alam sana

....... ENDING

noTa kaki :

kawan-kawan panggilah seseorang itu dengan nama yang telah diberikan olh kedua ibu bapa mreka... ini kerna xda nya yang nak beri maksud nama anak mereka  yng buruk <exep mereka x punyai ilmu>. lagipun bukankan suatu panggilan ituh merupakan suatu doa... pls sebarkan ya ... panggilah seseorang ituh dengan nama yang mereka sukai dan membawa maksud yang baik ... ^_~

Tips merosakkan otak

Personal

why you nak masuk campur hal aku?


sorry ya my personal its about me & my family YOU!!! out from this case

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts