Ada Apa Dengan Iman



Sungai-sungai yang mengalir, bukit bukau, angin yang bertiup kencang, unggas berirama, pokok-pokok yang tumbuh menghijau dan buah-buahan yang manis, binatang , kita dan semuanya adalah ciptaan Allah swt.


Dan semua ini menunjukkan bahawa Allah swt itu wujud dan hanya Dia "The Only One". "The Only One" tajuk yang sesuai ditujukan padaNYa.

Beriman kepada Allah swt. Yakin dengan Allah melalui dasar hati kita dan percaya bahawa Rasulullah S.A.W itu pesuruh Allah swt yang menyampaikan ajaranNya. Dimana kita boleh bertemu dengan ayat-ayat sebegini? Yang lazim kita sebut di bibir ialah 2 kalimah syahadah.
Kita mengatakan bahawa kita berjanji bahawa kita akan menuruti ajaran Rasulullah S.A.W bukan? Nah!! Lihat, berapa ramai yang menyebut-nyebut tetapi tidak disimpan atau yakin dengan hati. Allah tidak menyuruh pergi ke pusat hiburan yang penuh dengan air najis. Tetapi, mengapa kebanyakan diantara kita masih pergi dan berhibur sambil meminum air najis tersebut. Ada orang menyatakan bahawa, tidak salah untuk kita pergi ke pusat hiburan itu, tetapi tidak tahukah kamu bahawa kamu telah bersubahat di dalam hal seumpama itu. Kamu melihat tetapi tidak melakukan apa-apa. Inilah yang akan dipersoalkan. Dimanakah terletaknya iman kita.

Apa itu iman? Iman itu adalah tasdiq, ikrar dan beramal. Iman juga diikuti dengan taqwa.

Malu seringkali dikaitkan dengan Iman. Kebanyakan wanita dan lelaki zaman sekarang malu tidak bertempat. Dimanakah terletaknya maruah mereka. Terutama pada wanita. Bukankah, maruah wanita setelah diperjuangkan, darjat telah ditinggikan. Kenapa tidak menjaganya dengan baik. seringkali ana tujukan soalan ini kepada diri ana sekiranya orang menilai kita dengan buruk sekali. Dimanakah perginya maruah dan akhlak yang patut aku contohi??

Menangis dan sering menangis kerana sekiranya nasib wanita tidak diperjuangkan pada zaman dahulu, mesti maruah wanita tidak diangkat tinggi seperti mana yang kita selalu dengar di ceramah-ceramah atau di dalam ayat-ayat Al-Quran. Kenapa perlu diperlecehkan? Alhamdulillah, sekiranya sedar. Bagaimana pula yang tidak sedar? Perlukah kulit terbakar dengan api neraka baru sedar? Wallahualam.


Wahai wanita, Rasulullah S.A.W lagi malu daripada kita. Alangkah malunya ana setelah membaca mengenai perkara ini. Kerana diri sendiri juga teralpa mengenai kes ini.


from :
World Of Islam

 

0 comments:

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts