Thiqah Ketaatan & Tanggung jawab

Antara Thiqah, ketaatan dan tanggung jawab.

Apabila kita membicarakan isu taat, kita merujuk tanggungjawab. Ketaatan bagi seorang mukminat adalah ketaatan kepada ibu dan ayah serta suami setelah dia berkahwin dan ketaatannya adalah lanjutan kepada ketaatan kepada Allah swt sedang bagi lelaki, ketaatannya selaras dengan tanggungjawabnya yakni hanyasanya kepada Allah swt. Selain itu adalah ketaatan kepada ketua, ketaatan kepada guru dan ketaatan kepada undang-undang

Namun demikian dalam persoalan 'Thiqah' (trust) ia melibatkan elemen yang lebih halus dari itu, yakni elemen kerelaan hati untuk yakin dengan keputusan atau arahan seseorang yang perlu ditaati. Tidak akan ada ketaatan yang jujur tanpa kethiqahan dan tanpa ketqahan, maka runtuhlah struktur ketaatan yang dibina diatasnya. samada struktur itu adalah struktur organisasi atau struktur keluarga mahupun struktur rumahtangga yang diidamkan.

Thiqah merupakan salah satu jalan yang menentukan tegaknya bangunan dakwah. Bagi seorang da'i, thiqah adalah salah satu perkara yang wajib difahami diantara 10 hal yang lain dalam manhaj tarbiyah ikhwan.

Menurut Imam Syahid Hasan al Banna, hendaklah seorang akh memiliki ciri thiqah berikut:

1. Thiqah kepada Allah - Yakin bahawa Allah akan memberikan pertolongan kepadanya, memudahkan jalannya dan tidak akan membiarkan dirinya dalam kekecewaan. bonda Nabi Musa AS, memiliki rasa tsiqah yang tinggi kepada Allah, dengan melepaskan Musa AS ke sungai Nil kerana dia mengikuti ilham Allah.Ini adalah impak tsiqah kepada Allah. Tsiqah dengan pertolongan Allah selalu mendominasi hati orang yang memiliki perasaan redha dan sabar.

2. Thiqah pada pahala Allah. Seorang muslim hendaklah yakin akan adanya pahala Allah, meskipun ia harus berjuang dan berkorban dalam beribadah kepada-Nya. Jika seorang da'ie itu merasa keletihan ketika berjalan di jalan dakwah, maka ingatlah akan janji Allah akan adanya balasan yang besar dari Allah. Ia justru akan menjadi futur ketika berhenti bergerak, dan akan semakin futur ketika membiarkan dirinya tidak berada dalam kereta dakwah. Bukankah kereta dakwah akan senantiasa berjalan, samada ada atau tidaknya kita di dalamnya? Dan kalaupun kita tidak bersama dakwah, maka dakwah akan bersama dengan yang lain.

"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu),Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan (An Nisa :104)

3. Thiqah kepada syari'ah islam. Penerimaan terhadap aturan-aturan Allah hendaklah berada dalam penerimaan yang mantap tanpa keraguan sedikitpun. Hendaknya dia yakin bahawa metode Allah adalah yang terbaik, tidak ada sistem yang mampu menandinginya. Maka seorang muslim akan rela memikul beban perjuangan yang berat sebagaimana dialami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Walaupun harus menghadapi siksaan yang berat.

4. Thiqah kepada pemimpin. Seorang al akh harus siap menerima tugas dan amanah dari pemimpin, meskipun hal itu terasa berat baginya.

5. Thiqah kepada teman seperjuangan. maka ia tidak boleh meremehkan siapapun yang bersamanya dalam perjuangan.

6. Thiqah kepada diri sendiri.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman (Ali Imran:139).

Kethiqahan terhadap dirinya akan muncul ketika hubungannya dengan Allah dalam akrab dan harmoni, memiliki keterikatan dan kedekatan dengan Allah.

Sesebuah organisasi akan hilang kekuata kesatuannya apabila struktur pentadbirannya tidak diperkukuhkan dengan Thiqah kepada kepimpinan dan rakan seperjuangan. Perkara yang sama akan berlaku jika didalam rumah tangga tidak wujud kethiqahan anak kepada ibu bapanya atau thiqah zaujah terhadap zaujnya.

 

0 comments:

Featured Posts


About Me

Foto Saya
Insan Biasa
seorang insan yg dilahirkan didunia ini untuk menanam tanaman bagi menjadikn bekalan di akhirat kelak. Namun terkadang diri ini tersasar dari jalannya. Blog ini saya coretkan seperti diariku tentang apa yg saya rasa, dengar, lihat, sentuh mengenai kehidupan di dunia ini... selamat & terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya...
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

iLuvislam.com + discover the beauty of islam

Link Sahabat & Sahibah


Widget by: Facebook Develop by: JeritanBlog

Anda Pengunjung ke ...

Web Site Hit Counters

Followers

Popular Posts