Ada sesuatu yg membuatkan saya marah,kecewa,menyampah dan jelek.Benda yg
seringkali org tak nampak terutamanya yg menggelar dirinya sebagai
Da'ie.
Seorang Pendakwah.
Dakwah
ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini.Tugas menyeru kpd
kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yg
ditugaskan kpd kita.Setiap org,tiada kecuali.Allah telah meletakkan
penghargaan sebagai 'khaira ummati' iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana
tugas dakwah ini.Boleh rujuk 3;110.
Allah juga berfirman di dalam
surah Fussilat ayat 33:- Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,
serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil
berkata:"Sesungguhnya aku adalah dari yang berserah diri kepada Allah!"?
Terlalu banyak ayat yg Allah turunkan yg memuliakan golongan ini.Cukup jika saya bawa 2 ayat shj.
Apakah itu dakwah?
Dakwah
ialah mengajak kpd kebaikan dan menghalang drpd kerosakan .Dakwah juga
banyak pecahan dan bentuk-bentuknya.Cukuplah utk kita faham bahawa
dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.
Saya bukan da'ei tapi saya daki
Sesuatu
yg menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam.Biarlah saya
ceritakan supaya ia menjadi ikhtibar.Saya terkilan dgn beberapa kelompok
manusia yg kononnya melaksanakan dakwah,melaksanakan amar makruf nahi
mungkar tapi dlm masa yg sama dia tertinggal satu elemen yg sgt penting
dlm berdakwah.
Peristiwa ini berlaku kpd kenalan saya sendiri.Dia
hebat.Dalam banyak perkara,saya kagum dengan dia.Cuma saya terkilan dgn
tindakan melulunya yg melabel manusia dgn gelaran yg buruk.Tiada sifat
berbaik sangka.
Kesilapan kita
Kita
jahil.Kerana itu perlukan ilmu.Kita tak sedar,bahawa tugas kita
hanyalah menyeru manusia kpd kebaikan,bukannya melaknat manusia!Apa yg
terjadi,si da'ei itu marahkan sahabatnya yg kononnya suka mencarut,lalu
tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan.Dihebohkannya
pula!Mahu semua org tahu kah?Apa kurangnya dia dgn syaitan?Hanya tahu
memalukan org lain sahaja!
Tembok Kebencian
Saya
pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yg menyeru kpd
kebaikan dibenci. Mereka bukan dibenci kerana tanggungjwb
islam,sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka,menjual nama islam dgn
nafsu. Ramai sgt dlm kalangan manusia yg menegur, berdakwah dan
menasihat kerna kepentingan peribadi seperti kerana mahu dipandang mulia
oleh org lain.
Ada! Saya sgt pasti org mcm ni ada!l Lebih-lebih
lagi di laman sosial atau di blog-blog. Dia akan menghentam org tu
habis-habisan,melabelnya dgn label yg jahat-jahat kerana mahu
menunjukkan dirinya baik. Tidakkah kita sedar, bahawa iblis yg pernah
menjadi penghulu para malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan
keramat, 'ana khairun minhu',"aku lebih baik drpd dia!"
Bersangka Baik
Husnu
dzon . Semua org tahu. Tahu sebut, tahu berhujah tapi tak tahu nak
praktik. Bersangka baiklah sesama makhluk. Mungkin org yg kita tegur tu,
hari ni dia tak nak dengar, tapi jgn sesekali kita buruk-burukkan dan
canang-canangkan keburukan dia.
Pada zaman Rasulallah dahulu,
Rasulullah telah menyenaraikan 360-370 nama org-org munafik dan ia
adalah rahsia. Ia rahsia! Sedangkan Rasulullah pun merahsiakan nama org
munafik, apakah kita lebih mulia drpd rasulullah utk menyatakan si polan
itu syaitan dan si polan itu org yg tertutup hati?
Berhikmahkah kita?
Allah
sebut dlm surah An-nahl ayat 125:"serulah manusia kpd jalan tuhanmu dgn
hikmah..'.Apa yg kita faham tentang hikmah?Ibn Khatsir menafsirkan
hikmah itu dgn kemampuan seseorang menerima teguran kita.Kalau org
tua,tegur la dgn cara org tua.Kalau kawan-kawan,tegur la dgn cara kawan.
Imam
Syafie pun pernah berkata: "Jika kamu menegur saudaramu dlm
sembunyi(face to face) maka kamu telah menjalankan
tanggugjwbmu,sebaliknya jika kamu menegurnya di kalayak umum,maka kamu
telah membogelkannya di depan org ramai".Keburukan org lain bukannya
bahan utk dijadikan senda tawa,atau topik berbual sebaliknya keaiban org
lain harus kita tutupi.Jika dia sudah insaf,alhamdulillah.Jika masih
belum,teruskan berusaha.Itu saja!
Menanam Bunga
Bagi
saya,org yg berdakwah ini sama seperti org yg menanam bunga.Ini bukan
kerja yg hasilnya ekspress.kita tak boleh mengaharap bahawa hari ni kita
dakwah,esok dia akan terima.Tidak sama sekali!Dakwah juga bukan kerja
yg sekali-sekala.Sama mcm org tanam bunga,kerjanya takkan selesai dgn
hanya menyemai benih.Banyak lagi yg di perlu buat.Dia perlu
menyiram,membaja dan melindungi pokok drpd serangan serangga perosak.
Dakwah
juga memerlukan kita perlu dekati mad'u hari-hari.Nasihat
hari-hari.Sayang pun hari-hari.dan itu terlaksana jika kita hubungan
persahabatan kita dgn mereka baik.Usah kita mudah melaknat pokok yg
belum berbunga,kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang,airnya tak
cukup,atau mungkin climate atau environmentnya tak sihat.Siapa tahu?Atau
mungkin juga kerana Tuhan mmg tak mahu ia tumbuh,siapa boleh bantah?
Kesimpulan
Harus
kita ingat,kewajipan kita ialah menegur kesalahan,menasihati kekurangan
dan mencegah kemungkaran.Allah tak suruh kita mengumpat apatah lagi
mencanang keburukan org lain.Persaudaraan islam itu sgt perlu
dijaga.Kerana itu,asas dlm dakwah ialah kasih sayang.Jgn menegur kerana
benci atau dendam.Tegurlah kerana sayang.
Jgn membenci pelaku
maksiat,sebaliknya benci hanya kpd maksiat yg dilakukan .Kerana jahil
dan tidak berhikmah,org lain bukan hanya menjadi semakin jauh drpd islam
sebaliknya membenci islam.Siapa mahu bertanggungjawab?Kita selalu
mengina org lain kerana kesilapan yg dilakukannya,tapi pernahkah kita
mendoakan mereka?
Sekarang cuba fikir dalam-dalam,adakah kita da'ie atau kita ialah daki?
This entry was posted on 9/21/2010 09:47:00 PG
and is filed under
Dari Forum Ikutan
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.

0 comments:
Catat Ulasan